Kemerdekaan Sejati
Assalaamu 'alaikum
صلى الله على محمد، صلى الله عليه و سلم
❤️KEMERDEKAAN SEJATI❤️
Andai kita tahu.....
Andai kita sedar.....
Andai kita fahami.....
Bahawa hidup di dunia fana ini.....
Adalah penjara bagi jiwa-jiwa mukminiin
Syurga bagi jiwa-jiwa kaafiriin
Gambaran perbezaan kehidupan antara dua jiwa
Jiwa yang beriman
Hidupnya penuh dugaan dan cabaran
Umpama berada di dalam tirai besi
Terbatas seketika menahan kemahuan diri
Lambang mujaahadah di alam fana ini
Maka sang jiwa bisa mengerti akan kemerdekaan
Segala kelelahan yang yang telah diredhai
Lahiriah merasai segala kesengsaraan
Ruhaniah menikmati ketenangan
Yakin akan kemerdekaan sejati
Menanti di lembah-lembah syurgawi
Yang mengalir sungai susu dan madu
Siap untuk dinikmati
Inilah kemerdekaan yang sejati
Nukilan alfaqir ilallaah
Nuurul Imaan
2 Safar 1445H
19 Ogos 2023M
Comments
Post a Comment