🩵KETULUSAN HATI🩵
🌹Sekadar Perkongsian🌹 ❤️السلام عليكم و رحمة الله و بركاته❤️ 💚صلى الله على محمد صلى الله عليه وسلم💚 🩵KETULUSAN HATI🩵 Wahai Tuhanku..... Badai sakit yang telah menghentam tubuhku Tidak pernah menggetarkan jiwaku untuk menghalanginya Ada kekuatan luar biasa dalam asaku Dengan genggaman harapan yang tidak pernah pudar Setiap titisan air mata adalah perjuanganku Setiap nikmat kesakitan adalah pelajaran buatku Nikmat sakit mengajarku untuk terus bertahan Mengajarku menghargai kehidupan dengan penuh keredhaan Wahai Tuhanku..... Di setiap kesakitanku adanya air mata dan senyuman Menghapus segala lelah yang telah menghujam Betapalah aku merasai bahawa sakit ini tidak sia-sia Hikmah yang hadir di balik setiap kesakitan Membawaku ke arah mengenal diri mengenal Tuhan Menelusuri sirah para nabiNya yang penuh kesakitan Ketabahan membawaku untuk redha dengan ketentuan Tuhan Mengajarku erti sebuah ketulusan hati dengan Tuhan 💛LOV...