Rezeki Di Dalam al-Qur'an

 🌹السلام عليكم و رحمت الله و بركاته🌹

💚۞اَللّٰهُمَّ صَلِّ عَلَىٰ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ، وَعَلَىٰ آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ.۞💚


Antara Pintu Rezeki Yang Disebutkan Di dalam Al-Quran.


1. Rezeki Yang Telah Dijamin

"Dan tiadalah sesuatupun dari makhluk-makhluk yang bergerak di bumi melainkan Allaah jualah yang menanggung rezekinya dan mengetahui tempat kediamannya dan tempat ia disimpan"

Surah Hud Ayat 6


2. Rezeki kerana Sedekah

"Barangsiapa meminjamkan (menginfaqkan) Allaah dengan pinjaman yang baik maka Allaah akan melipatgandakan ganti kepadanya dengan banyak. Allaah menahan dan melapangkan (rezeki) dan kepadaNYA lah kamu dikembalikan"

Surah Al-Baqarah Ayat 245


3. Rezeki Kerana Istighfar

Beristighfarlah kepada Tuhanmu, sesungguhnya Dia adalah Maha Pengampun, pasti dia akan mengirimkan hujan lebat mencurah-curah kepada kamu"

Surah Nuh Ayat 10 & 11.


4. Rezeki Kerana Anak

Dan janganlah kamu membunuh anak-anak kamu kerana takutkan kepapaan, Kami lah yang memberi rezeki kepada mereka Dan kepada kamu. Sesungguhnya perbuatan membunuh mereka adalah satu kesalahan yang besar."

Surah Al-Isra’ Ayat 31.


5. Rezeki Kerana Usaha.

Dan bahawa sesungguhnya tidak Ada (balasan) bagi seseorang melainkan balasan apa yang diusahakannya."

Surah An-Najm Ayat 39


6. Rezeki Tak Terduga.

"Dan sesiapa yang bertaqwa kepada Allaah, nescaya Allaah akan mengadakan baginya jalan keluar (bagi segala perkara yang menyusahkannya), serta memberinya rezeki dari jalan yang tidak terlintas dihatinya."

 Surah At-Thalaq ayat 2&3


7. Rezeki Kerana Berkahwin

"Dan nikahkanlah orang-orang yang bujang (lelaki dan perempuan) dari kalangan kamu, dan orang-orang soleh dari hamba-hamba kamu, Jika mereka miskin, Allaah akan memberikan kekayaan kepada mereka dari limpah kurniaNya kerana Allaah Maha Luas (Rahmatnya Dan limpah KurniaNya) dan Maha Mengetahui."

Surah An-Nur Ayat 32


8. Rezeki Kerana Bersyukur 

"Demi sesungguhnya jika kamu bersyukur nescaya Aku akan tambahi NikmatKu kepada kamu, dan Demi sesungguhnya jika kamu kufur ingkar, sesungguhnya azabKu amatlah keras."

Surah Ibrahim Ayat 7


Moga kita dapat mempelajari sesuatu tentang rezeki melalui ayat Quran. Ingat rezeki itu daripada Allaah.

Allaah boleh bagi. Allaah juga boleh tarik balik. Kita sebagai manusia hanya berusaha dan bertawakal kepada Allaah.

و الله اعلم بالصواب

#muhasabahdiri

Comments