Bingkisan Buat Anak-Anak
Bingkisan
🌹السلام عليكم و رحمت الله و بركاته🌹
💚۞اَللّٰهُمَّ صَلِّ عَلَىٰ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ، وَعَلَىٰ آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ.۞💚
🌹ALLAAH SENTIASA BERSAMAMU🌹
Wahai anak-anakku tersayangH
idup ini adalah untuk mujahadah nafsu bukannya hidup untuk mengikut hawa nafsu
Justeru itu dalam hidup mu tiada akan berlaku semua keinginan mu tercapai, malah berlaku sebaliknya yang menyakiti nafsu mu
Wahai anak-anakku
Barat memberi makna kebebasan sebagai melakukan apa sahaja keinginan nafsu
Makna kebebasan dalam Islam ialah membebaskan diri kemahuan nafsu dan meraih Redha dan Rahmat Kasih Sayang Allaah
Wahai anak-anakku,
Allaah Maha Mengetahui apa yang terbaik untukmu
DIA menyayangimu jauh berganda dari sesiapa pun jua yang menyayangimu
Justeru itu DiA memerintahkanmu agar engkau redha dan sabar serta tulus dengan apa yang berlaku pada mu
Agar engkau tenang dalam pelukan Nuur CintaNYA
Wahai anak-anakku
Bertahanlah dengan segala kepedihan dan telanlah segala kepahitan
Kerana sesungguhnya semua itu adalah dengan kehendak Tuhanmu
DIA yang menggerakkan segala sesuatu itu berlaku
Meskipun engkau telah berusaha dan berdoa agar ianya tidak berlaku
Namun yang pasti,
Allaah tidak pernah sekali-kali membenci dan meninggalkanmu, DIA sentiasa ada bersamamu di setiap nafasmu dengan penuh Ar Rahman dan Ar RahimNYA
Wahai anak-anakku
Ingatlah! Kalam Tuhanmu
"Demi waktu dhuha, dan demi malam apabila telah gelap gelita, Tuhanmu tidak akan pernah meninggalkanmu dan tidak pula membencimu...”
(Adh Dhuha : 1-3).
Wahai anak-anakku,
Jika engkau mahukan kebahagiaan dunia yang sedetik ini
Maka hiduplah dengan keinginan nafsu dan menentang serta merungut dengan takdir yang berlaku
Namun, ingatlah!
Apa yang Allaah takdirkan adalah untuk menganugerahkan derajat disisiNya
Dikalungkan pingat jiwa yang tenang
Kembali kepangkuanNYA dengan gelaran hamba-hambaNYA
Lalu tinggal di singgahsana SyurgaNYA engkau engkau redha dan sabar
Wahai anak-anaku
Jika engkau memilih untuk tidak redha dengan takdirNYA
Engkau mengikuti hawa nafsumu
Engkau akan dapat apa yang engkau mahu di dunia ini
Dan engkau kehilangan derajat dan anugerah yang telah disediakanNYA
Wahai anak-anakku
Ingatlah! Dunia ini adalah medan mujahadah
Meredah segala kesakitan fizikal, mental dan emosi serta ruh
Inilah perjalanan cinta yang mengintai cinta disebalik keperitan nafsu
Jika engkau dicintai oleh Tuhanmu
Pasti engkau akan disakiti dan dirobek jiwamu dengan takdirNya
Sehingga tiada lagi dihatimu selain dariNYA
Ingatlah! Hanya DIA yang bisa menenangkan diri mu
Wahai anak-anakku,
Maka, beruntunglah dirimu itu
Disebalik kehilangan apa yang engkau cintai di dunia ini
Engkau dapat Tuhanmu dalam jiwamu
Lantaran engkau redha dan sabar dengan keperitan dunia ini
Wahai anak-anakku
Ingatlah! Alangkah ruginya dirimu wahai anak
Jika dengan ujian kesakitan nafsumu itu
Engkau ditakdirkan tidak redha dan sabar
Maka engkau akan menderita dalam kehidupan dunia ini
Engkau juga kehilangan Tuhanmu dalam jiwamu
Bahkan engkau akan menderita di akhirat kelak
Oleh itu,
Segeralah engkau berlari menuju kepada Tuhanmu
Ingatlah Kalam Tuhanmu ini
Firman Allah SWT yang bermaksud:
"Barangkali kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan barangkali kamu menyukai sesuatu padahal ia amat buruk bagimu. Allaah Maha Mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui."
(Surah al-Baqarah, ayat 216)
Wahai anak-anakku
Jadikanlah Al Quran dan Sunnah RasulNya, Istighfar dan Selawat serta berteman sahabat yang bertaqwa sebagai penawar pada hati mu
Maka, di sini engkau akan dapat ketenangan nafsumu
Ketika engkau mengharungi samudera kehidupan fana ini
و الله اعلم بالصواب
Bingkisan buat anak-anakku tercinta
Daripada orangtuamu
Nuurul Imaan
26 Safar 1445 H
12 September 2023
http://mutiarahikmahannur69.blogspot.com
Comments
Post a Comment