Anugerah Terindah Kekasihku

 Nukilan


๐ŸŒนุงู„ุณู„ุงู… ุนู„ูŠูƒู… ูˆ ุฑุญู…ุฉ ุงู„ู„ู‡ ูˆ ุจุฑูƒุงุชู‡๐ŸŒน


๐Ÿ’šุตู„ู‰ ุงู„ู„ู‡ ุนู„ู‰ ู…ุญู…ุฏ ุตู„ู‰ ุงู„ู„ู‡ ุนู„ูŠู‡ ูˆ ุณู„ู…๐Ÿ’š


๐ŸŒทAnugerah Terindah Kekasihku๐ŸŒท


Yaa Rabb Kekasihku.....

Engkaulah Tuhan yang Maha Esa dan Maha Penyayang

Engkaulah Tuhan yang disembah dan tempat meminta pertolongan

Tiada Tuhan selain Engkau yaa Rabb

Engkau Maha Pencipta sakit dan rasa sakit

Engkau jualah yang menganugerahkan kesakitan kepada hamba

Sesungguhnya hamba telah dan sedang menikmatinya

Sungguh anugerah terindah yang telah Engkau berikan

Sehingga jasad hamba tersungkur mendekati kematian


Yaa Rabb Kekasihku...

Semua kesakitan yang telah memamah tubuh hamba

Sehingga ke tulang belulang hamba menikmatinya

Meskipun tiada henti kesakitan ini walaupun sesaat

Semuanya yang berlaku adalah dengan izinMu yaa Rabb

Namun, kesakitan ini tidak bisa menghalang cinta hamba kepadaMu

Kerana kesakitan ini adalah anugerah terindah dan teristimewa

Buat hambaMu ini yang ingin meraih rahmat kasih sayangMu

Izinkanlah hamba menyintaiMu dan merinduiMu dalam kesakitan ini


ูˆ ุงู„ู„ู‡ ุงุนู„ู… ุจุงู„ุตูˆุงุจ


Alfaqir ilallaah

Nuurul Imaan

21 Jamadil Awwal 1445 H

5 Disember 2023 M

Comments