🩵KETULUSAN HATI🩵

🌹Sekadar Perkongsian🌹

             ❤️السلام عليكم و رحمة الله و بركاته❤️

   💚صلى الله على محمد صلى الله عليه وسلم💚

 🩵KETULUSAN HATI🩵

Wahai Tuhanku.....
Badai sakit yang telah menghentam tubuhku
Tidak pernah menggetarkan jiwaku untuk menghalanginya
Ada kekuatan luar biasa dalam asaku
Dengan genggaman harapan yang tidak pernah pudar
Setiap titisan air mata adalah perjuanganku
Setiap nikmat kesakitan adalah pelajaran buatku
Nikmat sakit mengajarku untuk terus bertahan
Mengajarku menghargai kehidupan dengan penuh keredhaan

Wahai Tuhanku.....
Di setiap kesakitanku adanya air mata dan senyuman
Menghapus segala lelah yang telah menghujam
Betapalah aku merasai bahawa sakit ini tidak sia-sia
Hikmah yang hadir di balik setiap kesakitan
Membawaku ke arah mengenal diri mengenal Tuhan
Menelusuri sirah para nabiNya yang penuh kesakitan
Ketabahan membawaku untuk redha dengan ketentuan Tuhan
Mengajarku erti sebuah ketulusan hati dengan Tuhan

💛LOVE NO LIMIT💛

و الله اعلم بالصواب

Oleh alfaqir ila-llah
Nuurul-Imaan
16 SYA'BAN 1446 H
15 FEBRUARI 2025 M

https://mutiarahikmahannur69.blogspot.com

Comments

Popular posts from this blog

Kemerdekaan Sejati

NASIHAT DIRI

🩵SAKIT HADIR TANPA BERBISIK🩵