🌹PELABUHAN KEBAHAGIAAN🌹
🌹Sekadar Perkongsian🌹
❤️السلام عليكم و رحمة الله و بركاته❤️
💚صلى الله على محمد صلى الله عليه وسلم💚
🌹PELABUHAN KEBAHAGIAAN🌹
Wahai diri.....
Jalanilah kehidupan ini dengan kebenaran
Istiqamahlah dengan hati nurani yang tulus
Jangan ada ketakutan, jangan ada keraguan
Agar diri rohani dan jasmanimu menjadi murni
Ketakutan pun lenyap dalam diri meniti ke puncak kebahagiaan
Sentiasa mendoakan untuk dirimu dan seluruh alam
Bersangka baiklah dengan TUHAN Pentadbir seluruh alam
Kau kan berteman dengan pemilik kebahagiaan
Wahai diri.....
Hiduplah dengan sederhana dan tidak berlebihan
Tulus, redha, syukur, sabar dan tawakkal kepada TUHAN
Diri mengecapi kebahagiaan duniawi hingga ke syugawi
Sayangilah diri, kenalilah diri, maka diri kan mengenal TUHAN-nya
Lalu mengalirlah seluruh kecintaan dan kerinduan kepada TUHAN
Menjadi lautan cinta dan rindu yang luas tanpa batas
Diri pun melayari kehidupan dengan bahtera kebahagiaan
Menuju ke pelabuhan hakikat kebahagiaan sejati milik TUHAN
💛LOVE NO LIMIT💛
و الله اعلم بالصواب
Oleh alfaqir ila-llah
NUURUL-IMAAN
4 SAFAR 1447 H
29 JULAI 2025 M
Comments
Post a Comment