DIALAH SEGALANYA

 DIALAH SEGALANYA


Hidup ini indah tersangat indah

Pabila jasad menyatu dengan ruhani bimbingan  Illahi

Jasad terpandu oleh nafsu

Ruhani dipandu oleh qalbu

Qalbu dibimbing oleh Illahi

Menzahirkan ketenteraman dan ketenangan

Inilah kehidupan hakiki yang sejati

Jasad ingin terlihat indah dan hebat

Lalu dipandu oleh nafsu dengan jutaan rasa

Merasa hebat, merasa indah dan merasa segala macam rasa

Lalu terdetik, akulah ini....

Akulah itu... Akulah itu ini...

Tenggelam di lubuk rasa hebat segalanya

Maka, hiduplah keakuan dan segalanya aku

Terbit zahir indah dipandang

Namun ruhani menderita kerana...

Kesucian diri telah ternoda


Sang ruhani dipandu oleh qalbu

Sucinya qalbu dibimbing Illahi

Tiada yang lain selain daripada DIA

DIAlah segalanya...

Inilah pancaroba kehidupan

Melakarkan fenomena berbeza antara sesama

Zahir yang indah tidak menjanjikan ruhani yang suci bersih

Dampak berbeza di sisi Illahi tapi tidak di sisi insani


Namun.......

Pabila menyatu jasad dan ruhani Ilahiyyah

Terciptalah fatamorgana indah alam sejagat

Kesejahteraan dan ketenteraman terbina dengan jiwa Keesaan


Hilangnya keakuan

Hidupnya keesaan

Pabila jasad dan ruhani

Menyatu dalam keimanan

Maka...

DIALAH SEGALANYA


Luahan al faqir ilallaah

Nuurul Imaan

29 Mac 2023

Comments

Popular posts from this blog

Kemerdekaan Sejati

NASIHAT DIRI

🩵SAKIT HADIR TANPA BERBISIK🩵