Hakikat Sebuah Percintaan
Assalaamu 'alaikum
💚HAKIKAT SEBUAH PERCINTAAN💚
Yaa Rabb, izinkanlah daku tenggelam dalam cintaMu
Hingga tiada gangguan dari mana pun jua ketika daku menjumpaiMu
Yaa Rabb, daku beribadah kepadaMu bukan kerana takutkan nerakaMu
Bukan pula kerana mengharap untuk ke syurgaMu
Tetapi.....
Daku mengabdikan diri kerana cintaku kepadaMu
Yaa Rabb, sesungguhnya daku menyembahMu demi Engkau semata
Tiada terlintas kerana yang lainnya
Yaa Rabb, daku memohon kepadaMu
Perlihatkanlah keindahan wajahMu yang abadi kepadaku
Daku merayu dan memohon dengan sungguh-sungguh yaa Rabb
Yaa Rabb, sungguh sulit untuk menjelaskan hakikat cinta yang hakiki
Hanya hamba-hambaMu yang dapat merasakan
Bisa mengerti hakikat erti sebuah percintaan
Luahan al faqir ilallaah
NUURUL IMAAN
11 Dzulqa'edah 1444H
31 Mei 2023M
Comments
Post a Comment