Indahnya Sakit
Assalaamu 'alaikum
💚INDAHNYA SAKIT💚
Kesakitan itu nikmat terindah hingga mengalir air mata
Seperti menikmati indahnya kegembiraan
Tanpa disedari mengalir jua air mata
Walaupun ianya tidak pernah diingini
Ianya kan tetap mengalir membasahi pipi
Namun.......
Nikmatnya itu sungguh berbeza sekali antara keduanya
Ketika sakit datang bertamu menghiasi hidup ini
Sendu menemani dan nikmat sakit menyertai
Lalu jasad menjadi lemah dan tidak berdaya
Sang hamba mensyukuri nikmat sakit anugerah terindah ini
Kerana, pasti ada hikmah disebaliknya daripada Illahi
Inilah yang membuahkan ketulusan di hati para pesakit yang bergelar hamba
Sungguh ketulusan itu mengajar sang hamba yang sakit
Erti kesyukuran, kesabaran, ketabahan dan keredhaan
Lambang ketaqwaan sang hamba yang benar-benar bertawakkal kepada Illahi
Nukilan alfaqir ilallaah
Nuurul Imaan
16 Jun 2023
Comments
Post a Comment