Kekasih Sejati
Assalaamu 'alaikum
🌹💚KEKASIH SEJATI💚🌹
Yaa Rabb.......
Alangkah buruknya orang yang menyembahMu kerana mengharap syurgaMu
Oleh itu.......
Jauhkanlah daku dari golongan orang-orang yang beribadah kepadaMu
Lantaran mengharap syurgaMu dan selamat dari nerakaMu
Andai tiada syurga dan neraka
Apakah mereka tidak akan mahu menyembahMu.....?
Yaa Rabb.......
Daku menyembahMu kerana mengharap redhaMu
Segala nikmat yang Engkau berikan
Cukup untuk menggerakan hatiku menyembahMu
Daku menyembahMu kerana cinta kepadaMu
Yaa Rabb.......
Andai daku benar-benar menyintaiMu
Nescaya daku menjadi hamba yang taat
Kerana setiap pencinta itu pasti taat kepadaMu
Sesungguhnya Engkaulah kekasih sejati dunia akhirat
Luahan al faqir ilallaah
15 Dzulqai'edah 144H
4 Jun 2023
Comments
Post a Comment