Mujahadah
Assalaamu 'alaikum
🌹💚MUJAHADATUN NAFS💚🌹
Makrifat sering menjadi wirid di bibir perbualan para manusia
Tetapi tidak bagi para pencinta sejati, kerana...
Para pencinta telah mengenal dengan jelas dan nyata
Tanpa perlu berbicara atau dibicara
Tahukah kita apa yang dikatakan Makrifat...?
Mengenal...? Apa yang kita kenal...? Apa yang kita kenal...?
Sering tidak ketemu jawaban yang haqiqi
Makrifah... indah menghiasi bibir lagak menyalak
Namun...ingatlah...sadarlah...
Makrifah itu bukanlah seindah ungkapan di bibir saja
Tetapi.......
Makrifah hadir setelah menghadapi segala rintangan yang mencengkam jiwa
Mujaahadah an nafs dan usaha serta istiqamah mujahadahnya
Maka sang pencinta menuai kemanisan hasilnya dengan makrifah
Ingatlah.......
Mujahadah an nafs itu adalah perjalanan...perjuangan...
Dalam usaha menggapai makrifah sebagai hasil tujuannya
Makrifah pembuka rahasia dan rasa cinta sejati
Makrifah umpama sagu dan mujahadah umpama memecah ruyung
Berjuang dan berkorban itulah terapi mujahadah an nafs
Dalam menggapai tujuan dan matlamat sebenar lagi sejati
Itulah dinamakan MAKRIFAH
Nukilan alfaqir ilallaah
Nuurul Imaan
11 Dzulhijjah 1444H
30 Jun 2023M
Comments
Post a Comment