Yang Maha Terpuji

 Assalaamu 'alaikum


YANG MAHA TERPUJI


Yaa Rabb.....

Di malam yang hening ditemani suara unggas

KAU tenggelamkanlah aku dalam cintaMu

Hingga tidak ada yang bisa menggangguku berjumpa denganMu


Yaa Rabb...

Kerana cinta aku mengingatiMu dan merinduiMu selalu

Mengapa aku menyintaiMu...

Kerana Engkau paling layak untuk dicintai

Dengan cinta Engkau menyingkap hijabMu

Lalu, aku dapat melihat dan memandangMu


Oleh itu yaa Rabb...

Tidak ada pujian yang layak kepada siapa pun jua

Kerana segala pujian yang ada hanya layak untukMu

Sesungguhnya, Engkaulah Yang Maha Terpuji


Luahan hati alfaqir ilallaah

22 Ramadhan 1444H

13 April 2023M

Nuurul Imaan

Comments

Popular posts from this blog

Kemerdekaan Sejati

NASIHAT DIRI

🩵SAKIT HADIR TANPA BERBISIK🩵