KEMAAFAN ITU INDAH

 🌹Assalaamu 'alaikum🌹


صلى الله على محمد، صلى الله عليه و سلم


💚🩵KEMAAFAN ITU INDAH🩵💚


Janganlah membenci sesiapa pun yang sudah membuatmu terluka

Janganlah membenci sesiapa pun yang sudah membuatmu kecewa

Sakit macam mana sekalipun hati, perasaan dan tubuhmu itu

Jangan sesekali membuatmu menjadi jahat kerana kesakitan itu

Jangan...jangan...jangan...

Kerana itu hanya akan mengotori hatimu sendiri


Apakah perlu engkau mengotori hatimu itu...?

Apakah perlu.......?

Hanya kerana orang lain berbuat buruk kepadamu...?

Katakanlah tidak kepada dirimu dengan mengingati Allaah

Tetaplah sabar, ikhlas dan tiada sedikit pun rasa dendam

Penuhilah hatimu dengan kemaafan, jadilah insan pemaaf

Kerana Allaah itu sendiri Maha Pemaaf lagi Maha Pengampun


Maafkanlah mereka semua dengan penuh ketulusan

Sesungguhnya di setiap perbuatan itu pasti ada balasanNya

Dan di setiap kesabaran pasti ada ganjaranNya

Sesungguhnya Allaah itu Maha Adil lagi Bijaksana


Nukilan alfaqir ilallaah

Nuurul Imaan

24 Dzulhijjah 1444H

13 Julai 2023

Comments

Popular posts from this blog

Kemerdekaan Sejati

NASIHAT DIRI

🩵SAKIT HADIR TANPA BERBISIK🩵