Anugerah Terindah

 Assalaamu 'alaikum


❤️صلى الله على محمد، صلى الله عليه و سلم❤️


🌹ANUGERAH TERINDAH🌹


Yaa Rabb, aku sekadar menyatakan apa yang kurasa

10 tahun aku sakit saraf di seluruh tubuhku ini

Kini, saraf kedua-dua kakiku telah rosak

Aku merasakan penderitaan yang luar biasa

Menimpa diriku yang lemah tidak berdaya

Aku harungi segala penderitaan ini penuh redha

Karena inilah anugerah terindah dariMu untukku


Kesakitan ini kunikmati setiap saat tanpa henti 10 tahun lamanya

Dalam kesakitan ini, aku sering tertanya-tanya

Aku tercari-cari dan ingin tahu jawapannya

"Apakah aku sentiasa berada di dalam redhaMu yaa Rabb?"

"Apakah Engkau redha akan aku yaa Rabb?"

Yaa Rabb, inilah yang sering mengganggu di langit fikiranku

Maafkan aku, ampunilah aku yaa Rabb

Sesungguhnya tiada Tuhan selain Engkau yaa Rabb

ALLAAH HU AKBAR


Nukilan alfaqir ilallaah

Nuurul Imaan

3 Safar 1445H

20 Ogos 2023M

Comments

Popular posts from this blog

Kemerdekaan Sejati

NASIHAT DIRI

🩵SAKIT HADIR TANPA BERBISIK🩵