Kehidupan Dalam Berkeluarga

Assalaamu 'alaikum

صلى الله على محمد، صلى الله عليه و سلم

🌹Kisah Orangtua dengan Anaknya🌹

Seorang ayah dan seorang ibu adalah guru pertama bagi anak-anaknya
Mereka membesarkan anak-anaknya penuh dengan kasih sayang dan tanggungjawab yang sangat luarbiasa
Maka terbentuklah sebuah keluarga yang bahagia, aman dan tenteram dikala itu

Namun.......
Pabila anak-anak telah dewasa dan ada yang telah berumahtangga, keadaan berubah
Kehidupan orangtua juga berubah dan tidak seindah dulu lagi
Orangtua itu kini hidup umpama tiada lagi anak-anak
Kebahagiaan dahulu kini hilang dan hidup bertemankan kesunyian dan kesepian
Seumpama tidak pernah mempunyai anak-anak

Sebaliknya, ada juga orangtua yang mempunyai anak-anak
Tapi mereka pilih kasih dan anak-anak itu umpama tidak wujud dalam kehidupan mereka
Bahkan bukan seperti anak sendiri, anak-anak itu sering dipukul sesuka hati ikut hawa nafsu
Zhalim terhadap anak-anak yang tidak mereka sukai dan tidak bertanggungjawab
Anak-anak itu terpaksa mengemis dengan kehidupan demi sesuap nasi untuk menyambung pelajaran mereka

Lalu.......
Anak-anak itu terpaksa meneruskan kehidupan dengan berdikari sendiri mengikut cara tersendiri
Demi kelangsungan hidup sehingga anak-anak itu dewasa
Akhirnya anak-anak itu pun pergi jauh dan menjauh kerana trauma dengan masa lalu mereka

Hairannya, orangtua itu seolah-olah tiada sedikit pun merasa kesal
Bahkan tidak pernah mencari atau pun bertanya khabar tentang anak-anak itu
Seakan-akan anak-anak itu tidak pernah hadir dalam keluarga dan kehidupan mereka

Inilah suasana kehidupan dalam berkeluarga
Penuh onak dan duri yang menjadi cabaran dalam kehidupan
Hanya sifat redha yang mampu menghadapi dan melalui pancaroba kehidupan ini

Luahan al faqir ilallaah
Nuurul Imaan
30 Muharram 1445H
17 Ogos 2023M

Comments

Popular posts from this blog

Kemerdekaan Sejati

NASIHAT DIRI

🩵SAKIT HADIR TANPA BERBISIK🩵