Renungan Bersama

 Assalaamu 'alaikum


๐ŸŒนุตู„ู‰ ุงู„ู„ู‡ ุนู„ู‰ ู…ุญู…ุฏ، ุตู„ู‰ ุงู„ู„ู‡ ุบู„ูŠู‡ ูˆ ุณู„ู…๐ŸŒน


Renungan bersama


๐ŸŒน"Manusia boleh sembunyi daripada sesama manusia, tetapi dia tidak dapat bersembunyi daripada Tuhan yg Maha Mengetahui segala hal-ehwalnya zahir dan batin!"


๐Ÿ„"Jadilah hamba yg bersyukur iaitu syukur lidah memuji Allah, syukur hati melihat Allah yg mengurniakan, syukur anggota taat kepada Allah dan memberi untuk Allah, daripada Allah kepada Allah, alam adalah cermin memandang Allah"


๐Ÿ„"Kenal Allah dengan Allah iaitu haqqul yaqin, makrifatullah yg sebenar, laduniyah rabbaniyyah, Allah memperkenalkan DiriNya kepadamu tanpa perantaraan dan tiada berhajat kepada dalil lagi, tiada syak dan ragu-ragu, kesudahan yg dituntut adalah Dzatullah bagi hamba rabbani yg merdeka daripada segala sesuatu selain Allah, maka jalannya adalah zikrullah yg berterusan dan mujahadah nafsu sehingga mati sebelum mati(fana)"


๐Ÿ„"Bahasa Ketuhanan hanya difahami oleh ahli Ketuhanan, Dia tiada bertempat dan tiada seumpama sesuatu"


๐Ÿ„"Tuhan memberimu salamNya didalam solatmu tanpa engkau menyedari kehadiranNya, kerana batinmu dalam kekeruhan!"


๐Ÿ„"Dalam setiap bala musibah hati kembali kepada Allah, makhluk hanyalah tanda bukti kekuasaanNya, kehidupan sebenar hidup hatimu dengan Allah"


๐Ÿ„"Dzat Allah selama-lamanya terdinding daripada makluknya, ruh ada yg bahagia dan ada yg celaka, golongan kanan dan golongan kiri. Roh bukanlah Tuhan, ruh adalah makhluk yg terbatas. Tuhan mutlak, tiada batas sesuatu, orang yg telah mengenal Allah tidak sibuk lagi dengan Nur Muhammad, bahkan baginya seluruh alam ini telah lebur dalam Keesaan Allah, hanya Dia yg kekal WujudNya"


๐Ÿ„"Setiap orang akan diuji Allah, dunia adalah tempat ujian Allah, akhirat tempat pembalasan dan Tuhan adalah tempat pergantunganmu. Berbahagialah orang-orang yg hidup bersama Allah, tiada penolong dan pelindungmu selain Allah, semoga kita dirahmati Allah didunia dan di akhirat"


๐Ÿ’šlove no limit๐Ÿ’š

Comments

Popular posts from this blog

Kemerdekaan Sejati

NASIHAT DIRI

๐ŸฉตSAKIT HADIR TANPA BERBISIK๐Ÿฉต