Sekadar Perkongsian

 Assalaamu 'alaikum

❤️صلى الله على محمد، صلى الله عليه و سلم❤️

🌹Sekadar Perkongsian🌹

Tujuh Langit  Kesedaran Ketuhanan dalam pengembaraan Hamba kepada الله

1. Kesedaran pada akal ( ilmu)

2. Kesedaran pada hati ( ingatan)

3. Kesedaran pada jiwa ( Rasa)

4. Kesedaran pada Ruh ( syuhud afaal)

5. Kesedaran pada Sirr ( Syuhud Asma')

6. Kesedaran pada Sirrus Sirr ( Syuhud Sifat)

7. Kesedaran pada Nurani ( Syuhud Dzat) 

Tanpa ada bimbingan Rohani dari pimpinan Guru Sufi sejati, maka kesedaran Ketuhanan kita hanya berada pada langit pertama iaitu ilmu sahaja walaupun alim sekalipun.

Martabat ilmu masih martabat ibadah orang yg lalai dan masih terlekat banyak nafsu ammarah.

Paling tinggi mereka boleh mencapai tahap kesedaran pada hati iaitu ingatan kepada الله namun bersifat  berbolak balik 

Namun tiada mustahil seseorang itu diangkat الله pada kesedaran langit ke 7 walaupun tanpa Guru, mereka adalah majzub iaitu ditarik الله lantaran kecintaan الله kepadanya atas amalan tertentu yang dilakukannya.

Namun mereka yg majzub tiada boleh membimbing lantaran di angkat secara Anugerah tanpa melalui silibus yg tersusun utk mencapainya yg disebut dgn "Keilmuan Thariqah"

Comments

Popular posts from this blog

Kemerdekaan Sejati

NASIHAT DIRI

🩵SAKIT HADIR TANPA BERBISIK🩵