Adab Kepada Guru

 Sekadar Perkongsian


๐Ÿ’ุจุณู… ุงู„ู„ู‡ ุงู„ุฑุญู…ู† ุงู„ุฑุญูŠู…๐Ÿ’


๐Ÿ’šุงู„ุณู„ุงู… ุนู„ูŠูƒู… ูˆ ุฑุญู…ุช ุงู„ู„ู‡ ูˆุจุฑูƒุงุชู‡๐Ÿ’š


๐ŸŒนุตู„ู‰ ุงู„ู„ู‡ ุนู„ู‰ ู…ุญู…ุฏ، ุตู„ู‰ ุงู„ู„ู‡ ุนู„ูŠู‡ ูˆ ุณู„ู…๐ŸŒน


ADAB IBU BAPA TERHADAP GURU KEPADA ANAK-ANAKNYA


Ada satu kisah yang telah berlaku di zaman Syeikh Abdul Qadir al-Jailani, seorang sulthaanul auliyaa' dan murabbi yang masyhur.


Kisah seorang yang kotor hatinya ingin  memfitnah Syeikh Abdul Qadir al-Jailani dan dia telah mencari jalan untuk memfitnahnya. Maka dia pun menebuk lubang di dinding rumah Syeikh Abdul Qadir al-Jailani untuk mengintipnya. Kebetulan pada ketika dia sedang mengintip Syeikh Abdul Qadir al-Jailani, dia terlihat Syeikh Abdul Qadir al-Jailani sedang makan dengan muridnya.


Syeikh Abdul Qadir al-Jailani suka makan lauk daging ayam. Setiap kali dia memakan daging ayam dan makanan yang lainnya, beliau akan makan separuh sahaja. Selebihnya, makanan tersebut akan diberikan di kepada muridnya. Maka, orang yang mengintipnya tadi pun pergi kepada bapa murid Syeikh Abdul Qadir al-Jailani untuk memberitahu akan perkara yang berlaku tadi.

"Pakcik, pakcik ada seorang anak yang namanya fulan bin fulan?"

Lalu, si bapa pun menjawab: "Ya, ada." "Adakah anak pakcik belajar dengan Syeikh Abdul Qadir al-Jailani?" Si bapa pun menjawab: "Ya ada."

"Adakah pakcik tahu sekiranya anak pakcik telah diperlakukan oleh Syeikh Abdul Qadir al-Jailani seperti seorang hamba dan seekor kucing sahaja? Syeikh Abdul Qadir telah memberi sisa makanannya kepada anak pakcik."


Mendengar cerita itu maka si bapa tidak puas hati lalu terus menuju ke rumah Syeikh Abdul Qadir al-Jailani.

"Wahai tuan syeikh, saya menghantar anak saya kepada tuan syeikh bukan untuk jadi pembantu atau dilakukan seperti seekor kucing. Saya hantar kepada tuan syeikh untuk mendidik anak saya supaya anak saya menjadi seorang alim ulama."


Lalu, syeikh Abdul Qadir menjawab dengan ringkas sahaja.

"Kalau begitu ambillah anakmu ini."

Lalu si bapa itu tadi pun mengambil anaknya dan terus dibawa pulang ke rumahnya.


Ketika mereka keluar dari rumah syeikh dan mahu menuju jalan pulang. Bapa murid itu tadi bertanya beberapa soalan kepada anaknya berkenaan tentang ilmu hukum hakam. Ternyata kesemua soalannya itu dapat di jawab oleh anaknya dengan betul.


Maka, si bapa tadi pun terus bertukar fikiran untuk kembalikan anaknya kepada tuan Syeikh Abdul Qadir al-Jailani.

"Wahai tuan syeikh, saya mohon tuan syeikh terimalah anak saya kembali untuk belajar dengan tuan syeikh semula. Tuan syeikh didiklah anak saya ini. Ternyata anak saya ini bukanlah seorang pembantu dan tidak juga diperlakukan seperti seekor kucing. Aku melihat ilmu anakku ini sangat luar biasa bila berada bersamamu."


Maka jawab tuan Syeikh Abdul Qadir al-Jailani: "Bukan aku tidak mahu menerimanya kembali. Akan tetapi, ALLAAH telah menutup pintu hatinya untuk menerima ILMU. ALLAAH telah menutup futuhnya iru untuk mendapatkan ilmu. Ini disebabkan seorang ayah yang tidak beradab kepada guru anaknya itu. Maka si anak yang menjadi mangsa disebabkan ayahnya yang tidak beradab itu."


Lihatlah betapa pentingnya Adab Ketika Menuntut Ilmu.


Oleh yang demikian itu, anak-anak dan ibu bapa serta siapa pun juga perlu menjaga adab kepada guru.


Lihatlah, betapa pentingnya adab di dalam kehidupan seharian kita.

Kisah di atas ini menceritakan tentang seorang ayah yang tidak beradab kepada guru. Bagaimana sekiranya diri kita sendiri yang tidak beradab, memaki dan mengaibkan gurunya?


Kata ulama: "Satu prasangka buruk sahaja kepada gurumu itu, maka Allaah haramkan seluruh  keberkatan yang ada pada gurumu itu kepadamu."


Semoga Allaah membimbing dan memimpin kita menjadi orang yang beradab kepada makhluknya. Terutama lagi kepada guru yang telah mengajarkan ilmu kepada kita dan anak-anak kita.


ูˆ ุงู„ู„ู‡ ุงุนู„ู… ุจุงู„ุตูˆุงุจ


Sekadar Perkongsian

Nuurul Imaan

#muhasabahdiri

Comments

Popular posts from this blog

Kemerdekaan Sejati

NASIHAT DIRI

๐ŸฉตSAKIT HADIR TANPA BERBISIK๐Ÿฉต