Hakikat Insan

HAKIKAT INSAN

Adapun cara merapatkan perhubungan hamba dengan Tuhannya itu ialah dibahagikan oleh para ulama kepada 4 bahagian:

Secara Syariat
Secara Tarikat
Secara Hakikat
Secara Makrifat
Sesungguhnya dengan mengetahui cara-cara jalan merapatkan hubungan di antara hamba dengan Tuhannya, maka manusia itu akan menjadi manusia yang baik dalam perhubungannya dengan Allah dan perhubungannya sesama makhluk. Maka manusia ini akan dikurniakan keredaan dan dapat berada disisi Tuhannya.

๐Ÿ’š1. Cara Syariat

Adapun yang dinamakan jalan Syariat ialah suatu jalan zahir yang membentuk sesuatu peraturan. Atur cara dan peradaban di antara manusia dan Allah, dan manusia sesama manusia serta dengan makhluk-makhluk lain. Sesungguhnya peraturan-peraturan syariat ini telah digariskan oleh Allah di dalam al-Quran dan juga digariskan oleh Rasulullah s.a.w. melalui perbualannya dan Jika manusia benar-benar mengikuti peraturan-peraturan syariat ini maka manusia Itu tidak mungkin sesat dalam hidupnya di dunia ini dan selamatlah di akhirat nanti.
Sebagaimana sabda Rasulullah s.a.w.:-

(Diriwayatkan oleh Muslim)

“Kamu tidak akan sesat selama-Iamanya jika kamu berpegang kepada kedua-duanya iaitu kitab Allah dan sunnah Rasul”.

Di dalam peraturan-peraturan ini Allah telah menggariskan kontek hubungan diriNya dengan manusia, hukum-hukum hidup secara individu maupun secara bermasyarakat. Dibincangkan soal akidah. soal ibadat, soal muamalat, soal munakahat dan lain-lain peraturan untuk kebahagiaan manusia sesama manusia dan kebahagiaan manusia dengan Allah S.W.t. untuk dunia dan akhirat. Ditentukannya garis-garis panduan hidup. tentang mana yang wajib, haram, sunat, harus dan makruh, dosa, pahala, syurga dan neraka. Dengan lain perkataan syariat menggariskan dasar pokok buatlah yang disuruh dan tinggallah apa yang dilarang.

Adapun peringkat cara Syariat adalah suatu peringkat peraturan pengabdian
hamba terhadap Tuhannya maka dengan mengikut garis panduan dan peraturan-peraturan yang ditentukan maka dapatlah seseorang manusia itu menjadi taraf hamba yang paling baik. Suatu perkara yang perlu diingatkan pada peringkat Syariat ini. pengamal-pengamalnya benar-benar mengharapkan sesuatu balasan atau upahan daripada setiap yang dikerjakannya. Dan dengan upah kerja yang dilakukannya itulah mereka yakin akan menentukan sama ada mereka dikurniakan syurga atau terpaksa menghumbankan dirinya ke dalam neraka. Jadi disini dapatlah disimpulkan bahawa matlamat utama bagi pengamal-pengamal syariat adalah syurga dan seboleh-bolehnya jauh daripada neraka. Mereka mempunyai suatu keyakinan buat baik dibalas baik buat jahat dibalas jahat.
Berasaskan firman Allah : Az·Zalzalah :7-8

ูَู…َู†ْ ูŠَّุนْู…َู„ْ ู…ِุซْู‚َุงู„َ ุฐَุฑَّุฉٍ ุฎَูŠْุฑًุง ูŠَّุฑَู‡ٗ

ูˆَู…َู†ْ ูŠَّุนْู…َู„ْ ู…ِุซْู‚َุงู„َ ุฐَุฑَّุฉٍ ุดَุฑًّุง ูŠَّุฑَู‡ٗ

“Barang siapa yang mengerjakan kebaikan sebesar zarahpun niscaya ia akan melihat (balasan) nya dan barang siapa yang mengerjakan kejahatan seberat zarahpun nescaya, Dia akan melihat (balasan)nya pula”.

Dan firman Allah lagi : Al-Mu’mminun : 102-103

ูَู…َู†ْ ุซَู‚ُู„َุชْ ู…َูˆَุงุฒِูŠْู†ُู‡ٗ ูَุงُูˆู„ٰุٓฆِูƒَ ู‡ُู…ُ ุงู„ْู…ُูْู„ِุญُูˆْู†َ

ูˆَู…َู†ْ ุฎَูَّุชْ ู…َูˆَุงุฒِูŠْู†ُู‡ٗ ูَุงُูˆู„ٰุٓฆِูƒَ ุงู„َّุฐِูŠْู†َ ุฎَุณِุฑُูˆْุۤง ุงَู†ْูُุณَู‡ُู…ْ ูِูŠْ ุฌَู‡َู€ู†َّู…َ ุฎٰู„ِุฏُูˆْู†َ

“Barang siapa yang berat pertimbangan (kebaikannya) maka mereka itulah orang-orang beruntung dan barang siapa yang ringan timbangannya maka mereka itulah orang-orang yang merugikan dirinya sendiri, kekallah mereka didalam neraka Jahanam”.

Di samping mereka berusaha sedaya upaya melakukan sesuatu kerja dengan
‘IKHLAS” untuk Allah semata-mata mereka juga benar-benar mengharapkan satu balasan yang setimpal dengan kerja yang dilakukannya. Ini bermakna mereka berbakti kepada Tuhannya dengan berudang di sebalik batu, ataupun ada hati di sebalik barang. Pekerjaan mereka bolehlah disifatkan sebagai kebaktian separuh hamba (semi hamba). Lantas jika mereka benar-benar bersifat hamba yang tulin, maka sudah tentu sebarang pekerjaan yang dilakukan oleh mereka sudah tentu mereka tidak mengharapkan sebarang halasan daripada Tuhannya. Kerana setiap balasan bukan suatu yang boleh dipinta-pinta tetapi ianya lebih merupakan Satu kurnia daripada Tuhannya.
Seperti firman Allah : Al-Jin : 13

ูˆَّุงَู†َّุง ู„َู…َّุง ุณَู…ِุนْู†َุง ุงู„ْู‡ُุฏٰูۤ‰ ุงٰู…َู†َّุง ุจِู‡ٖ ۗ ูَู…َู†ْ ูŠُّุคْู…ِู†ْۢ ุจِุฑَุจِّู‡ٖ ูَู„َุง ูŠَุฎَุงูُ ุจَุฎْุณًุง ูˆَّู„َุง ุฑَู‡َู‚ًุง

“Barang siapa beriman kepada Tuhannya maka ia tidak takut akan pengurangan pahala dan tidak akan menambah dosa dan kesalahan”.

Apakah elok seseorang yang mengakui dirinya hamba, menagih janji dari Tuhannya? Dan apakah mereka sangsi terhadap kebenaran janji Tuhannya? Dari itu bagi seseorang yang mengerti dirinya hamba sudah tentu ianya tidak mengharapkan sesuatu balasan daripada Tuhannya, dan ingallah Allah tidak mungkir janjiNya. Sesungguhnya bagi mereka yang mengikuti cara syariat ini akan mencapai suatu martabat beriman dan soleh dan dengan mematuhi segala peraturan-peraturan perhubungan dengan Allah dan perhubungan dengan manusia, maka mereka akan dikurniakan syurga di akhirat nanti.
Seperti firman Allah di dalam al-Ouran: Al-Kahfi : 107
Allah SWT berfirman:

ุงِู†َّ ุงู„َّุฐِูŠْู†َ ุงٰู…َู†ُูˆْุง ูˆَุนَู…ِู„ُูˆุง ุงู„ุตّٰู„ِุญٰุชِ ูƒَุงู†َุชْ ู„َู‡ُู…ْ ุฌَู†ّٰุชُ ุงู„ْูِุฑْุฏَูˆْุณِ ู†ُุฒُู„ًุง

“Sesungguhnya orang∙orang yang beriman dan beramal soleh bagi mereka adalah syurga Firdaus menjadi tempat tinggal.”

Adalah perlu diingatkan masuknya syurga bagi orang-orang syariat itu bukan sekali kerana pahalanya tetapi sekadar belas ihsan daripada Allah s.w.t di atas kepatuhannya dengan Allah. Walaupun seberapa banyak pahala yang diperolehi oleh mereka, maka sudah tentu mereka tidak boleh membelikan syurga, kerana syurga bukannya sesuatu yang murah menjadi bahan belian dan jualan. Sebaliknya orang-orang Syariat haruslah berikhtiar sedaya upaya mereka menjadikan diri mereka seorang mukmin supaya Allah sendiri membeli dirinya dan hartanya dengan syurga, di atas dasar perjuangan menegakkan peraturan peraturan Allah di dalam hidupnya.
Seperti firman Allah :

“Sesungguhnya Allah akan membeli orang-orang mukmin dirinya dan hartanya dengan Syurga, iaitu mereka yang berjuang menegakkan peraturan Allah”.

Maka berbahagialah bagi manusia-manusia yang mengamalkan cara Syariat menduduki taraf martabat dirinya sebagai seorang hamba yang mukmin dan mereka sememangnya dijamin oleh Allah syurga dan kekallah mereka buat selama-lamanya.
Firman Allah : Ash-Syaffat : 111

ุงِู†َّู‡ٗ ู…ِู†ْ ุนِุจَุงุฏِู†َุง ุงู„ْู…ُุคْู…ِู†ِูŠْู†َ

“Sesungguhnya ia termasuk hamba-hamba kami yang mukmin”.

Adalah perlu ditegaskan di sini bahawasanya matlamat akhir Pengajian Syariat adalah untuk mendapatkan suatu yang bernama syurga, menjauhkan diri dari terhumban ke dalam neraka. berusaha sedaya upaya mendapat banyak pahala dan mengurangkan dosa. Buatlah yang disuruh, tinggallah apa saja yang ditegah oleh syariat Muhammad s.a.w.

๐Ÿ’š2. Cara Tarikat

Adapun jalan tarikat ini adalah jalan yang pernah diterokai dan dilalui bagi tujuan untuk merapatkan dirinya dengan Allah s.w.t., ia merupakan Suatu jalan bagaimana hendak menyucikan diri dan hati supaya terbentuk satu jalinan ikrab di antara dirinya dengan Allah s.w.t., jalan Tarikat yang sebenar adalah merupakan satu cara menyucikan diri untuk menuju kehadirat Allah Taala dan jalan ini hendaklah mempunyai akar umbi persambungan daripada Rasulullah s.a.w. Jalan tarikat yang mendapat restu dari junjungan agong itu kemudiannya diwarisi pula oleh para sahabat Baginda dan seterusnya bersambung menjadi mata rantai dan diwarisi pula oleh para wali Allah yang agung dan sampailah
kepada seseorang guru asalnya untuk mengajar saluran jalan Tarikat ini seterusnya. Sesungguhnya mana-mana Tarikat yang tidak mempunyai asas akar umbinya daripada Baginda Rasulullah s.a.w. dan para sahabatnya yang ikrab, maka jalan Tarikat itu adalah satu jalan Tarikat yang salah dan rekaan semala-mata. Ianya diasaskan mengikut pandangan sendiri dan tarikat ini tidak akan sampai kemana-mana. Oleh itu sesiapa saja yang hendak mengikut jalan pengajian Tarikat, maka adalah menjadi tanggungjawabnya membuat penentuan asal pangkal sesuatu Tarikat itu. Dan tentukan ianya berasal dari Rasulullah s.a.w. dan para sahabatnya. Jalan tarikat adalah suatu cara memuja dan memuji Allah dan melatih diri supaya tidak melupai Allah pada setiap ketika dan memberi segala keagungan dan kebesaran itu kepada Allah semata-mata. Jalan menyuci diri dan hati ini adalah melalui proses mengendalikan nafsu-nafsu yang dimiliki oleh manusia, supaya ianya tidak lalai dan lupa dirinya dengan Tuhannya dan seterusnya bangun memberi keagungan itu kepada Allah Taala.
Seperti firman Allah di dalam al-Quran:

“Hai Orang yang berselimut bangunlah, lalu beri peringatan dan Tuhanmu agungkanlah dan pakaian (lahir & batin) bersihkanlah”

Disamping Itu juga orang Tarikat mengasuhkan dirinya supaya kasihkan kepada Allah dan Allah mengasihi dirinya.
Seperti firman Allah :

َ“Mereka mengasihi dirinya seperti mereka mengasihi Allah, sedangklan orang yang beriman tetap mengasihi Allah”.

Dan firman Allah lagi di dalam al-Quran: Ali Im’ran ayat 31:

ู‚ُู„ْ ุงِู†ْ ูƒُู†ْุชُู…ْ ุชُุญِุจُّูˆْู†َ ุงู„ู„ّٰู‡َ ูَุงุชَّุจِุนُูˆْู†ِูŠْ ูŠُุญْุจِุจْูƒُู…ُ ุงู„ู„ّٰู‡ُ ูˆَูŠَุบْูِุฑْ ู„َู€ูƒُู…ْ ุฐُู†ُูˆْุจَูƒُู…ْ ۗ ูˆَุงู„ู„ّٰู‡ُ ุบَูُูˆْุฑٌ ุฑَّุญِูŠْู…ٌ

“Katakanlah (wahai Muhammad): Jika benar kamu mengasihi Allah maka ikutilah daku, nescaya Allah mengasihi kamu serta mengampunkan dosa-dosa kamu. Dan (ingatlah), Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.”

Adapun nafsu yang dimiliki oleh manusia itu seperti yang tercatit di dalam Al-Quran adalah terbahagi kepada tujuh:

Amarah
Lawamah
Malhamah
Mutmainah
Radhiah
Mardiah
Kamaliah
Dangan mangenal nafsu-nafsu tersebut, maka orang-orang Tarikat akan mencapai, mertabat ditaraf nafsu-nafsu tersebut yang mempunyai kalebihan berlainan di antara satu mertabat nafsu dangan nafsu yang lain. Untuk mengenal dan mencapai mertabat nafsu-nafsu itu seseorang itu hendaklah menuntut dan mengamalkan saluran ilmu Tarikat daripada guru-gurunya yang mursyid, dan dapat pula mencapai martabat nafsu-nafsu tersebut. Di samping mereka mengikut petua-petua yang dianjurkan oleh guru mereka dan satu peringkat ke satu peringkat sehingga menjadi manusia kamil (Insan Kamil) dan diredai oleh Allah di dunia dan akhirat.

Mereka hendaklah menjalani tarikat mereka dengan tekun dan penuh usaha supaya tercapai mertabat tersebut. Adapun pekerjaan dan amalan orang-orang Tarikat tidaklah lagi mengharapkan pahala, ertinya apa yang diperlakukan semasa amalan tarikat ini hanya bagi mereka semata mengharapkan dirinya dapat mendampingi Allah Ta’ala pada setiap ketika. Mereka bukan lagi gila kepada pahala atau syurga tetapi sebaliknya mereka gila untuk mengenal Tuhannya dengan berusaha untuk mengenal dirinya sendiri. Pendek kata mereka mahu Allah semata·mata. Di sini di antara kata·kata mereka yang masyhur adalah:

“Padaku tiada pahala, tiada syurga, yang ku idami adalah kekasihku Allah jua”

Adalah perlu ditegaskan di sini bahawa matlamat akhir pangajian Tarikat adalah untuk mengenal diri dan mengenal Allah, menyuci nafsu dirinya ke suatu darjat nafsu yang tertinggi kemuliaannya dengan Allah S.W.t. Mereka akan berusaha sedaya upaya menghampiri dirinya dengan Allah S.w.t. di dalam masa hayatnya di alam fana ini pada setiap masa dan setiap ketika.

๐Ÿ’š3. Cara Hakikat

Cara ketiga adalah cara hakikat dan adapun cara ilmu hakikat ini adalah suatu cara menyelami dan mengenali diri sendiri, yang merupakan satu-satu jalan ke arah makrifat diri dengan Allah S.w.t. dan ianya adalah juga merupakan jalan yang dilalui oleh wali-wali Allah, ariffinbillah dan para-para Aulia.
Mereka yang menjalani pengajian ilmu hakikat ini akan beriktiar dengan tekun dan tabah untuk merapatkan dirinya dengan Allah dengan cara membongkar, menyelidik dan menyaksikan rahsia diri sendiri iaitu rahsia Allah yang ditanggung oleh dirinya dan berusaha membentuk dirinya manusia kamil-mukamil. Bagi mereka yang hendak menuju kehadirat Allah dengan jalan hakiki ini, maka
hendaklah mereka terlebih dahulu menjalani cara tarikat dan berjaya pula membersihkan dirinya dari segala bentuk syirik kepada Allah Taala, samaada syirik hafi dan syirik Jali. Mereka hendaklah menjalani perguruan dengan guru-guru hakiki dan makrifat serta mursyid yang mempunyai pengetahuan yang luas serta mencapai pula ketahap martabatnya. Di samping itu, orang-orang hakiki haruslah pula mendapat didikan secara terperinci dari guru-guru ghaib, yang terdiri daripada wali-wali Allah yang teragung, nabi-nabi dan rasul-rasul.

Guru-guru ghaib Ini akan mengajar seseorang Itu di samping guru zahir yang mursyid yang melatih mereka menjalani alam Ilmu hakiki. Guru-guru ghaib akan mengajar mereka ilmu hakiki melalul LADUNI, seperti yang diterangkan di dalam bab yang berikutnya. Untuk pengetahuan lebih jelas silalah bertanya dengan guru-guru hakiki, makrifat. Dengan menjalani jalan hakiki, maka manusia tersebut akan mencapai ke suatu tahap tinggi disisi Allah s.w.t. dan sesungguhnya bebahagialah orang-orang hakiki yang mencapai mertabatnya dan dapatlah mereka duduk disisi Allah di dunia dan akhirat. Orang-orang hakiki yang sampai mertabatnya bukan saja mulia disisi Allah, tetapi lanya Juga akan mendapat kemuliaan di kalangan masyarakat dan dipuja oleh masyarakat disepanjang hayatnya. Adalah perlu ditegaskan disini bahawa matlamat akhir pengajian Hakikat adalah untuk menjadi Allah pada zahir dan batin yakni pada diri zahir dan diri batin pada murtabat kemuliaan insan Kamil-mulkamil. Tiada sesuatu pun pada dirinya kecuali Allah semata-mata.

๐Ÿ’š4. Cara Makrifat

Sementara jalan makrifat ini adalah suatu jalan yang pernah dilalui dan dialami olah para wali Allah yang agung. Para-para ariffinbillah dan para-para aulia, nabi dan Rasul. Seseorang yang Ingin menuju ke jalan makrifat kepada Allah inl haruslah terlebih dlhulu menjalani latihan pada peringkat jalan hakiki, kerana jalan hakiki adalah merupakan persambungan jalan ke jalan makrifat. Orang-orang makrifat akan mengcungkil segala rahsia alam maya, samada pada alam saghir ataupun pada alam kabir. Malahan mereka terus meneroka mengenal diri rahsia Allah Taala itu sendiri. Bagi mereka yang menjalani jalan makrifat, mereka diasuh bukan sahaja oleh guru zahir, hakiki lagi makrifat, guru-guru ghaib yang terdiri wali-wali Allah, nabi-nabi dan para Rasulullah malahan bagi orang-orang yang sedang menuju ke jalan makrifat ini akan diajar sendiri oleh Tuhannya melalui guru batin iaitu diri rahsia Allah (diri rahsianya sendiri). Untuk menjelaskan hal ini silalah bertanya kepada guru-guru hakiki dan makrifat lagi mursyid. Bagi mereka yang mencapai ke peringkat makrifat ini mereka adalah manusia paling bertuah yang akan mendapat mertabat darjat dan kesaktian serta keredhaan yang paling tinggi disisi Tuhannya dan ianya dapat pula duduk bersama Tuhannya diberi peluang menjelajahi tujuh petala langit tujuh petala bumi, Arash dan Qursi, syurga, dan neraka semasa hidupnya lagi di dalam dunia ini. Alangkah bertuahnya kita jika kita mencapai mertabat tersebut dan kitalah orang tertinggi di dalam segala-gala hal pada pandangan Allah s.w.t. Orang-orang yang mencapai mertabat ini akan mendapat sanjungan daripada Allah dan daripada manusia sejagat. Mereka akan dihormati sepanjang hayat mereka.

Akhir Qalam tiliklah pantun orang hakikat:

Pucuk paku dalam paku,
Paku datang dari seberang,
Carilah aku di dalam aku,
Aku berselindung di dalam terang.

Namun begitu perlulah ditegaskan secara terang-terang disini bahawa matlamat akhir pengajian Makrifat adalah untuk kembali semula menjadi Tuhan pada Mertabat dan kita pada alam ghaibul-ghaib yakni Ahdah. Untuk pemahaman yang lebih mendalam silalah bertanya kepada orang-orang Makrifat lagi mursyid.

TIADA NYATA PADA DIRIKU
HANYA DIRIMU
AKU PENANGGONG RAHSIA
TIADA RASA BERAT DIPIKULKU TETAP SETIA MENJUNJUNG AMANAHMU KU JAGA
TIADA MUNGKIN KUMUNGKIR JANJI.
DJANJI DIIKATKU SIMPUL KEMAS
TIADA FORMULA MELONGGARNYA KEMBALI.

Comments

Popular posts from this blog

Kemerdekaan Sejati

NASIHAT DIRI

๐ŸฉตSAKIT HADIR TANPA BERBISIK๐Ÿฉต