10 Khasiat Sumac

10 Khasiat Sumac Yang Anda Perlu Tahu

Apakah khasiat sumac? Artikel ini akan membincangkan beberapa khasiat sumac, kandungan nutrisi dan kompaun sihat di dalamnya.

Pengenalan
Sumac atau nama saintifiknya Rhus merupakan sejenis tumbuhan yang berasal dari keluarga Anacardiaceae. Ianya sejenis tumbuhan yang digunakan untuk penghasilan herba yang digunakan di dalam masakan. Ketinggian tumbuhan ini boleh mencecah sehingga 10 meter manakala buahnya pula berwarna merah.

Tumbuhan ini tumbuh di kawasan subtropika dan bercuaca sederhana termasuklah Afrika, Amerika Utara dan Asia Timur. Buahnya dikeringkan dan dihancurkan untuk menghasilkan herba yang ditambah di dalam masakan. Selain digunakan sebagai herba, sumac turut digunakan sebagai ubat di dalam perubatan tradisional. Oleh itu, artikel ini akan membincangkan dengan lebih lanjut akan kebaikan sumac ini.

Kandungan Nutrisi dan Komponen Berkhasiat Sumac (1)
Antara komposisi makronutrisi di dalam sumac adalah 71% karbohidrat, 19% lemak dan 5% protein. Terdapat juga beberapa sebatian kimia penting yang terdapat di dalam sumac seperti:

1. Sebatian fenolik

Sebatian fenolik adalah sejenis sebatian yang boleh ditemui di dalam tisu tumbuhan termasuklah buah-buahan dan sayur-sayuran. Antara sebatian fenolik yang terdapat di dalam sumac adalah asid galik.

2. Antosianin

Antosianin adalah sejenis flavonoid yang boleh didapati di dalam kebanyakkan makanan. Antosianin boleh didapati buah pokok sumac dan ianya mempunyai sifat antioksida.

3. Asid lemak

Sumac turut asid lemak seperti asid oleic, linoleic, palmitic dan stearik yang merupakan sejenis asid lemak tidak tepu yang bagus kesihatan.

10 Khasiat Sumac pada Kesihatan
Berikut merupakan antara khasiat sumac terhadap kesihatan.

1. Bersifat antimikrob (1)

Sifat antimikrob bermaksud sumac dapat membantu mencegah jangkitan bakteria. Kajian mendapati ekstrak sumac berkesan menghalang aktiviti beberapa spesis bakteria. Kajian turut mendapati ekstrak metanolik sumac merupakan yang paling berkesan untuk menghalang aktiviti bakteria.

2. Bersifat anti kulat (1)

Kulat ataupun fungi merupakan sejenis organisma kecil yang boleh didapati pada udara, air dan pada badan manusia. Kulat juga turut boleh menyebabkan jangkitan kulat pada manusia. Kajian mendapati ekstrak sumac dapat menghalang aktivit kulat seperti Alpergillus flavus, Candida albicans dan Penicillium citrinium.

3. Bersifat mengurangkan gula (1)

Diabetes adalah salah satu penyakit di mana paras gula di dalam darah melebihi paras normal dan ianya disebabkan oleh kekurangan insulin ataupun insulin menjadi kurang sensitif. Kajian yang dijalankan terhadap haiwan mendapati bahawa pemberian sumac dapat membantu untuk menurunkan paras gula dan berat badan haiwan terbabit. Kajian lain turut mendapati bahawa sumac membantu di dalam penurunan HbA1c darah.

4. Bersifat mengurangkan kolesterol (1)

Hiperlipidemia adalah keadaan di mana paras kolesterol di dalam darah melebihi paras normal. Peningkatan aras kolesterol tidak baik di dalam darah dapat meningkatkan risiko untuk mendapat penyakit yang berkait dengan jantung. Kajian mendapati bahawa pemberian sumac kepada pesakit hiperlipidemia dapat meningkatkan paras kolesterol baik (HDL) dan menurunkan paras kolesterol tidak baik (LDL).

5. Bersifat antioksida (1)
Bahan yang bersifat antioksida mampu untuk mencegah kerosakkan sel dengan menghalang aktiviti radikal bebas. Kajian mendapati bahawa ekstrak sumac mempunyai aktiviti antioksida yang tinggi di mana ianya mampu untuk mengalang aktiviti radikal bebas jika dibandingkan dengan asid askorbik ataupun vitamin C.

6. Melegakan kesakitan otot (2)

Satu kajian telah dijalankan untuk mengkaji kesan pemberian jus sumac terhadap kesakitan otot semasa bersenam. Peserta diminta untuk mengambil jus sumac dua kali sehari selama 30 hari. Kajian mendapati peserta yang mengambil jus sumac mengalami peningkatan kesakitan yang sedikit sahaja jika dibandingkan dengan peserta yang tidak mengambil jus sumac.

7. Baik untuk kesihatan jantung (3)

Sumac dikatakan dapat menjaga kesihatan jantung kerana mengandungi asid lemak baik seperti omega-3 dan asid docosahexaenoic. Selain itu, seperti yang dinyatakan di atas, ianya juga bersifat hypolipidemia iaitu mencegah peningkatan kolesterol sekalgus menjaga kesihatan jantung.

8. Membantu penghadaman (3)

Antara masalah kesihatan yang berkaitan dengan sistem penghadaman adalah cirit-birit dan sembelit. Sumac telah digunakan secara tradisional sejak sekian lama untuk mengubati masalah yang berkaitan dengan sistem penghadaman.

9. Melegakan demam dan batuk (3)

Selain merawat masalah sistem penghadaman, sumac juga digunakan secara tradisional untuk melegakan deman. Untuk tujuan ini, sumac akan dicampurkan bersama madu untuk dijadikan ubat batuk.

10. Menjaga kesihatan tulang (4)

Antara masalah yang berkaitan yang berkaitan dengan tulang adalah masalah kehilangan jisim tulang iaitu osteoporosis. Semakin meningkat usia semakin meningkat risiko untuk mendapat masalah osteoporosis ini. Sumac dikatakan dapat mengurangkan kehilangan jisim tulang. Kajian terhadap haiwan mendapati bahawa terdapat metabolisma yang terlibat yang menyebabkan pengurangan kehilangan jisim tulang.

Konklusinya terdapat pelbagai kebaikan sumac terhadap kesihatan. Selain daripada kegunaannya sebagai herba di dalam masakan, terdapat banyak lagi khasiat dan kegunaan sumac yang boleh diamalkan. Kegunaan untuk merawat penyakit perlulah dibincangkan dengan doktor terlebih dahulu

Khasiat Makanan yang Lain

Khasiat Beras Perang
Khasiat Susu Kambing
Khasiat Kismis
Khasiat Buah Berangan
Khasiat Coklat
Khasiat Cuka Epal
Khasiat Spirulina
Khasiat Quinoa
Khasiat Garam Bukit
Khasiat Daun Sacha Inchi
Khasiat Buah Aprikot
Khasiat Buah Kiwi
Khasiat Buah Kulim
Khasiat Buah Mahkota Dewa
Khasiat Teh Hijau
Khasiat Sumac
Khasiat Hempedu Bumi Khasiat Kacang Kuda
Khasiat Saffron
Khasiat Kubis

Rujukan:

Babu, P. D., Subhasree, R., Bhakyaraj, R., & Vidhyalakshmi, R. (2009). Brown rice-beyond the color reviving a lost health food-a review. Magnesium, 187(13.10).
Imam, M. U., Ishaka, A., Ooi, D. J., Zamri, N. D. M., Sarega, N., Ismail, M., & Esa, N. M. (2014). Germinated brown rice regulates hepatic cholesterol metabolism and cardiovascular disease risk in hypercholesterolaemic rats. Journal of Functional Foods, 8, 193-203.
Kim, J. Y., Kim, J. H., Lee, D. H., Kim, S. H., & Lee, S. S. (2008). Meal replacement with mixed rice is more effective than white rice in weight control, while improving antioxidant enzyme activity in obese women. Nutrition research (New York, N.Y.), 28(2), 66–71.
Panlasigui, L. N., & Thompson, L. U. (2006). Blood glucose lowering effects of brown rice in normal and diabetic subjects. International journal of food sciences and nutrition, 57(3-4), 151–158.
Sakamoto, S., Hayashi, T., Hayashi, K., Murai, F., Hori, M., Kimoto, K., & Murakami, K. (2007). Pre-germinated brown rice could enhance maternal mental health and immunity during lactation. European journal of nutrition, 46(7), 391–396.
Saleh, A. S., Wang, P., Wang, N., Yang, L., & Xiao, Z. (2019). Brown rice versus white rice: Nutritional quality, potential health benefits, development of food products, and preservation technologies. Comprehensive reviews in food science and food safety, 18(4), 1070-1096.
Sun, Q., Spiegelman, D., van Dam, R. M., Holmes, M. D., Malik, V. S., Willett, W. C., & Hu, F. B. (2010). White rice, brown rice, and risk of type 2 diabetes in US men and women. Archives of internal medicine, 170(11), 961–969.
Kazemzadeh, M., Safavi, S. M., Nematollahi, S., & Nourieh, Z. (2014). Effect of Brown Rice Consumption on Inflammatory Marker and Cardiovascular Risk Factors among Overweight and Obese Non-menopausal Female Adults. International journal of preventive medicine, 5(4), 478–488.

Comments

Popular posts from this blog

Kemerdekaan Sejati

NASIHAT DIRI

🩵SAKIT HADIR TANPA BERBISIK🩵