Bumi Palestine

Sekadar Perkongsian

💚السلام عليكم و رحمت الله و بركاته💚

🌹صلى الله على محمد صلى الله عليه و سلم🌹

😭BUMI PALESTINE😭

Palestine.....
Adalah sebuah nama bagi sebuah negara air mata
Ianya kini tidak lagi berbentuk seperti sebuah negara
Hamparan buminya yang cokelat berubah menjadi merah
Dek simbahan darah yang mengalir daripada tubuh-tubuh rakyatnya
Reruntuhan bangunan-bangunan indah bersepah ke segenap ruang
Kepulan-kepulan asap dan debu menghiasi ruang udara
Lalu, dada-dada sang rakyat yang tersisa menjadi sesak
Mata-mata mereka kemerahan menahan kepedihan

Palestine.....
Kau adalah bumi suci negaranya para nabi dan rasul
Bumimu tercium semerbak harum darahnya para syuhada'
Yang gugur tatkala diratah dan dimamah tentera-tentera Israel
Dalam kesedihan dan banjirnya si air mata
Masih terdengar jua lantunan suara kalam suci Allaah
Dari bibir yang kering dan tekak yang kontang
Semangat perjuangan masih tersisa dalam jiwa demi bumi tercinta

Palestine.....
Kau menjadi saksi kekejaman rejim Israel yang rakus dan haloba
Menodai hak-hak asasi kemanusiaan di bumi Palestine
Kanak-kanak yang baru mengenal erti sebuah kehidupan
Menjadi yatim piatu kerana syahidnya ibu bapa mereka
Bermandikan darah akibat hujan peluru-peluru rejim Israel
Yang tidak pernah mengenal siapa pun jua
Daripada kanak-kanak hingga ke orang-orang tua renta
Allaah Hu Akbar

Palestine.....
Bumimu terkenal kerana kukuhnya Masjid al Aqsa di tengah reruntuhan
Dirampas dengan kejam si tangan-tangan durjana
Lalu dipagari dengan para tentera rejim Israel yang beringas
Bersedia menembak rakyat Palestine yang melangkah masuk
Namun, rakyat Palestine tidak pernah gentar dan takut dengan kematian
Sentiasa gagah dan berani demi sang kekasih yang Maha Agung
Hebatnya rakyatmu bumi Palestine kerana kukuhnya iman mereka
Allaah Hu Akbar

و الله اعلم بالصواب

Nukilan alfaqir ilallaah
Nuurul Imaan
5 Rabi'ul Akhir 1445 H
20 Oktober 2023 M

Comments

Popular posts from this blog

Kemerdekaan Sejati

NASIHAT DIRI

🩵SAKIT HADIR TANPA BERBISIK🩵