Indahnya Prasangka Baik

 Nukilan


💚السلام عليكم و رحمة الله وبركاته💚


🌹صلى الله على محمد صلى الله عليه و سلم🌹


💛Indahnya Prasangka Baik💛


Alangkah indahnya hidupmu ini

Pabila prasangka baik sentiasa menakluki qalbumu

Hidupmu sentiasa merasa aman dan tenteram

Di waktu semesta menyakiti jiwa dan qalbumu

Di waktu sekelilingmu ingin menjatuhkanmu

Tersungkur dan tidak akan bangkit lagi

Semuanya ini bukan keinginanmu dalam hidup ini


Lantaran itu ingatlah!

Kau masih punya Allaah tempat bergantung

Kau bisa mengadu dan meluahkan kesemuanya

Yang bertakung di kolam rasamu itu

Luahkanlah, mengadulah dan merintihlah semahumu

Akan segala kekecewaan, kesakitan dan segala rasa

Allaah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui segala isi qalbumu

Ingatlah! Bahawa segala sesuatu terjadi dan berlaku itu

Semuanya dengan izin Allaah dan kehendakNya


Alangkah indahnya pabila prasangka baik bertahta di qalbu


 و الله اعلم بالصواب


Nukilan alfaqir ilallaah

Nuurul Imaan

3 Jamadil Awwal 1445 H

17 November 2023 M

Comments

Popular posts from this blog

Kemerdekaan Sejati

NASIHAT DIRI

🩵SAKIT HADIR TANPA BERBISIK🩵