Mengharap RedhaMu
Nukilan
🌹السلام عليكم و رحمة الله و بركاته🌹
💚صلى الله على محمد صلى الله عليه و سلم💚
🤲Mengharap RedhaMu🤲
Duhai diri.....
Ingatlah! Jangan merasa senang dengan ibadahmu yang banyak
Hingga kau memandang rendah kepada pendosa
Jangan merasa ibadah yang banyak kau lakukan itu
Kau mendapat tempat di SyurgaNya yang tinggi
Jika kau beribadah sibuk mencari dan mengumpulkan pahala
Duhai diri.....
Jangan kau pandang hina pada para pendosa
Jangan kau menghakimi para pendosa sebagai ahli neraka
Ingatlah! Sejak bila kau bisa menghakimi urusan orang lain kepada TuhanNya?
Ingatlah! Hanya Tuhannya yang terlayak menjadi hakim kepada sekalian alam
Duhai diri.....
Jangan engkau sibuk dengan urusan orang lain
Sedangkan engkau sibuk beribadah mengumpul pahala
Hanya untuk ditukarkan dengan syurga
Adakah engkau lupa apa itu lillaahi ta'ala?
Adakah kau lupa salatmu, ibadahmu, hidupmu dan matimu itu
Hanyalah semata-mata lillaahi ta'ala rabbul 'alamiin
Duhai diri.....
Ingatlah! Bertahun lamanya engkau beribadah mengharapkan pahala
Engkau mengharapkan syurga daripada Allaah
Kerana engkau amat takutkan neraka
Rupanya engkau beribadah selama ini
Bukan beribadah kerana mengharapkan redha Allaah
Duhai diri, ingatlah! Beribadahlah kerana Allaah semata
Demi keredhaanNya dari dunia hingga akhirat
و الله اعلم بالصواب
Alfaqir ilallaah
Nuurul Imaan
17 Jamadil Awwal 1445 H
1 Disember 2023
Comments
Post a Comment