Memohon RedhaMu
Nukilan
🌹السلام عليكم Ùˆ رØÙ…Ø© الله Ùˆ بركاته🌹
💚صلى الله على Ù…ØÙ…د صلى الله عليه Ùˆ سلم💚
🌷Memohon RedhaMu🌷
Yaa Rabb.....
Izinkan hamba merindui redhaMu
Izinkan hamba menyintaiMu
Izinkan hamba mengharapkan redhaMu
Izinkan hamba mengharapkan cintaMu
Hamba yang hina di hadapanMu ini
Teramat sedar bahawa hamba ini tidak layak
Untuk menerima segala harapan ini
Namun, hamba mohon rahmat kasih sayangMu
Bersimpuh memohon dan merayu kepadaMu
Agar Engkau kurniakannya kepada hamba yang hina ini
Yaa Rabb.....
Andai hamba tidak layak mengharapkannya
Hamba kan terus menerus memohon dan mengharap
Tanpa kenal erti putus asa sama sekali
Oleh itu ampunkanlah hamba, maafkanlah hamba
Hamba mohon kepadaMu yaa Rabb
KeredhaanMu dan kecintaanMu yang hamba pinta
Moga kelak kan sejahtera hamba di akhirat sana
Dengan redhaMu, dengan rahmat kasih sayangMu
Yaa Rabb.....
Hamba kan sentiasa memohon dan mengharap
Berulang-ulang kali memohon dan mengharap
Tanpa rasa jemu hingga hamba dimamah usia
Hingga hamba dijemput olehMu yaa Rabb
Hanya redhaMu, hanya cintaMu dan kasih sayangMu
Yang hamba harapkan hingga titisan darah terakhir
Hanya Engkau kekasih hati hamba selamanya
Kekasih awal dan akhir yang tiada tandingannya
و الله اعلم بالصواب
Nukilan alfaqir ilallaah
Nuurul Imaan
7 Jamadil Awwal 1445 H
21 November 2023 M
Comments
Post a Comment