HAKIKAT DAKWAH
HAKIKAT DAKWAH
Syeikh Muhammad Mutawalli Asy-Sya'rawi (1911-1998 M) iaitu Tokoh Tasfir Mesir ada menceritakan :
Aku telah berbincang dengan seorang pemuda yang mempunyai fikiran agak ekstrim, lalu aku bertanya kepada dia :
"Adakah meletupkan sebuah kelab malam atau tempat Maksiat didalam sesebuah negara itu Halal ataupun Haram ?..."
Pemuda :
"Sudah tentu Halal dan dibolehkan membunuh mereka..."
Syeikh Sya'rawi berkata :
"Kalau kamu membunuh mereka dan ketika itu mereka sedang melakukan Maksiat kepada Allah, apakah yang akan terjadi kepada mereka atau kemanakah mereka akan pergi ?..."
Pemuda :
"Sudah tentulah masuk kedalam Neraka..."
Syeikh Sya'rawi berkata :
"Kemanakah Syaitan ingin membawa mereka sebenarnya ?..."
Pemuda :
"Sudah tentulah ke Neraka, sebab itu adalah Matlamat Syaitan..."
Syeikh Sya'rawi berkata :
"Kalau begitu, kamu dengan Syaitan bekerjasama didalam satu Matlamat, iaitu ingin memasukkan manusia kedalam Neraka..."
Kemudian Sheikh Sya'rawi pun Mengingatkan pemuda itu dengan satu Hadits Rasulullah SAW ketika mana lalunya jenazah Yahudi dihadapan Baginda SAW.
Baginda SAW pun bangun dan Menangis, lalu sahabat pun bertanya :
"Apa yang menyebabkan engkau menangis ya Rasulullah SAW ?..."
Baginda SAW berkata :
"Satu Jiwa telah terlepas dariku dan menuju ke Neraka !..."
Syeikh Sya'rawi berkata :
"Nampak tidak perbezaan antara kamu dan Rasulullah SAW yang menginginkan Hidayah buat kesemua manusia dan Menyelamatkan mereka daripada Neraka. Maka kamu dibahagian lain sedangkan Baginda SAW dilembah yang lain !..."
Semoga Allah SWT Merahmati Syeikh Sya'rawi...
Comments
Post a Comment