TUJUAN MENGENAL ALLAH
Untuk Perkongsian Bersama
TUJUAN MENGENAL ALLAH
Tujuan mengenal ALLAH SWT ialah untuk Mencapai "RASA KHUSYUK" didalam Melaksanakan segala Amal Ibadah, dan juga untuk Mengembalikan Diri (BERSERAH DIRI) kepada MAHA PENCIPTA.
Kata Al-Imam Al-Ghazali RA :
"Tidak Sah Ibadah, kecuali setelah Mengenal Tuhan yang Disembah..."
Mengenal ALLAH SWT juga akan menjadikan diri seseorang itu lebih TAAT kepada segala PERINTAH dan LARANGAN ALLAH SWT. Serta dapat menghindarkan diri seseorang itu daripada segala perbuatan-perbuatan syurik (menyekutukan ALLAH SWT).
Maka Hal ini adalah tersangat-sangat Penting dan Wajib bagi setiap Ummat Islam untuk Mengenal ALLAH SWT.
Ada 4 Peringkat untuk MENGENAL ALLAH SWT
PERINGKAT PERTAMA
KENAL NAMA
- ALLAH SWT adalah Wajibal Wujud atau Nama Wajib Wujud.
- ALLAH SWT adalah Nama untuk Dzat (DIRI) yang Wajib Ada.
- ALLAH SWT adalah Lafdzhul Jalaalah (Lafaz Kebesaran) yang hanyalah Layak untuk Tuhan yang mempunyai Sifat-Sifat Ketuhanan.
- ALLAH SWT adalah Nama yang Terkenal dan Termasyhur diseluruh Alam Semesta Raya.
Kalimah ALLAH SWT telahpun Wujud sebelum Kelahirannya Nabi Muhammad SAW.
Bangsa Arab Jahiliyah telah mengambil Nama itu daripada Kalimah "ILAAHUN".
Yang berertinya TUHAN ataupun DZAT yang Menciptakan seluruh Alam Semesta Raya.
Maka Bangsa Arab sama ada yang Islam mahupun yang Kafir tetap saja menggunakan Kalimah "ALLAH" untuk merujuk kepada TUHAN YANG ESA.
Manakala Kalimah ALLAH SWT didalam Aqidah Islam pula adalah Nama Keagungan bagi Tuhan yang Bersifat dengan Sifat Ketuhanan yang tidak ada sekutu Bagi-NYA pada seluruh Ciptaan-NYA.
Ertinya, Sifat Ketuhanan itu ialah yang "Terkaya" diseluruh Alam Semesta Raya, dan seluruh Alam Semesta Raya pula yang Berhajat Kepada-NYA.
*لا اله الا الله*
Ertinya : Tiada Tuhan yang Layak Disembah (Yang mempunyai Sifat Ketuhanan) melainkan ALLAH SWT.
Maka, Nama ataupun Kalimah ALLAH SWT itu hanyalah untuk Tuhan yang mempunyai Sifat-Sifat Ketuhanan semata-mata.
Sedangkan yang disembah oleh orang-orang Kafir itu bukanlah Tuhan yang sebenar-benarnya. Tetapi pada Hakikatnya adalah yang berupa benda ataupun makhluk.
Sedangkan, hanya ALLAH SWT sahajalah yang Bersifat dengan SIFAT KETUHANAN.
Nama ALLAH SWT adalah "Wajib" untuk dimuliakan akan kesucianNYA. Maka adalah "Haram" untuk menggunakan Nama ALLAH SWT bagi Benda mahupun makhluk.
PERINGKAT KEDUA
KENAL DIRI (DZAT) YANG EMPUNYA NAMA
Kenal diri (DZAT) yang Empunya Nama ALLAH SWT itu adalah dengan melalui "ILMU TAUHID".
Kenal diri (DZAT) ALLAH SWT itu bukanlah dengan melalui rupa mahupun bentuk, akan tetapi adalah dengan melalui segala Sifat-Sifat-NYA.
Maka adalah "Wajib" ke atas setiap Mukallaf bagi Meng-I'tiqadkan didalam hatinya, bahawasanya :
"Sesungguhnya Wajib bagi ALLAH SWT memiliki segala Sifat-Sifat Yang Sempurna, dan yang Layak dengan Hal Keadaan Ketuhanan-NYA yang tidaklah terhingga banyaknya"
ILMU TAUHID
Adalah suatu Ilmu yang mengajarkan akan kaedah-kaedah bagi Mengenal Tuhan yang Bernama ALLAH SWT. Serta apa-apa yang Wajib di I'tiqadkan di dalam hati bagi setiap insan akan segala Hal keadaan DIRI-NYA (DZAT) yang Bernama ALLAH SWT.
ILMU TAUHID itu adalah FARDHU AIN (WAJIB) ke atas setiap Mukallaf.
Maka Pelajarilah ILMU TAUHID yang Awam serta yang Khusus sehinggalah dapat "Menjaminkan" diri kita tidak akan pernah sesekali melakukan Kesyirikan terhadap ALLAH SWT.
I'tiqad Hal Keadaan DIRI (DZAT) ALLAH SWT itu adalah seperti :
a) DIRI ALLAH SWT tidaklah daripada segala sesuatu.
b) DIRI ALLAH SWT tidaklah seperti segala sesuatu.
c) DIRI ALLAH SWT tidaklah berjisim.
d) DIRI ALLAH SWT tidaklah dijadikan (Tiada Permulaan).
e) DIRI ALLAH SWT tidaklah adanya akhir (Tiada Pengakhiran).
f) DIRI ALLAH SWT tidaklah berjirim dan ber'aradh.
g) DIRI ALLAH SWT tidaklah pernah akan berubah (Maha Kekal).
h) DIRI ALLAH SWT tidaklah merangkumi masa (tidak dibatasi oleh Ruang dan Waktu).
Jadi untuk MENGENAL DIRI (DZAT) ALLAH SWT itu adalah dengan melalui segala SIFAT-SIFAT-NYA.
Dan untuk MENGENAL SIFAT-SIFAT ALLAH SWT itu pula mestilah dengan menggunakan "Hukum 'Aqli".
Maka akallah yang akan berfikir tentang segala Dalil-Dalilnya (Bukti-Bukti) kebenaran ALLAH SWT.
Setelah berfikirnya Akal, maka akan menghukum pula dengan 3 cara. Iaitu :
a) Diterima Akal - WAJIB.
b) Tidak Diterima Akal - MUSTAHIL.
c) Boleh diterima akal ataupun tidak diterima oleh akal - HARUS.
Maka sifat-sifat ALLAH SWT itu terbahagi kepada 3 bahagian. Iaitu :
a) WAJIB ada 20 sifat
b) MUSTAHIL ada 20 sifat
c) HARUS ada 1 sifat
Maka inilah yang dinamakannya sebagai "Sifat 20" dan menjadi "Fardhu Ain" ke atas setiap Mukallaf untuk mempelajari dan memahami ILMU SIFAT 20.
PERINGATAN !
Maka hendaklah menggunakan Akal yang Sempurna untuk Mengenal SIFAT-SIFAT ALLAH SWT, dan bukanlah dengan DZAT ALLAH SWT.
Kerana Akal tiadalah daya dan upaya untuk memikirkan tentangnya HAKIKAT DZAT ALLAH SWT yang sebenar-benarnya.
Akal manusia tersangat-sangat lemah untuk mencapai DZAT YANG MAHA AGUNG, MAHA SUCI dan lagi MAHA MULIA.
Jikalau dipaksakan Akal untuk berfikir hal keadaan DZAT ALLAH SWT. Maka akan adanya 2 kemungkinan yang akan berlaku keatas diri seseorang itu, seperti :
a) MENJADI SYIRIK.
Kerana telah menggambarkan DZAT ALLAH SWT.
b) MENJADI GILA.
Akal akan menjadi rosak (Breakdown), kerana telah memikirkan Hal keadaan DZAT-NYA yang bukanlah daripada segala sesuatu.
Apabila seseorang itu banyak menggunakan Akalnya didalam mempelajari dan memahami ILMU TAUHID, maka akan terhindarlah seseorang itu daripada Penyakit Nyanyuk. In syaa ALLAH.
PERINGKAT KETIGA
KENAL SAMPAI DATANGNYA RASA CINTA
Setelah Mengenal DIRI ALLAH SWT dengan melalui SIFAT-SIFAT-NYA yang WAJIB, yang MUSTAHIL dan yang HARUS beserta dengan segala Dalil-Dalilnya.
Maka seseorang yang Benar-Benar BERIMAN itu akan dapat meningkatkan Keimanannya terhadap ALLAH SWT dengan segala perasaan penuh Percaya dan Yakin dengan bersungguh-sungguh.
Apabila semakin ramai yang dapat Mencapai Rasa dengan Percaya dan Yakin dengan bersungguh-sungguh, maka ramailah pula yang akan bersungguh-sungguh Mentaati segala Perintah dan Larangan ALLAH SWT.
Apakah sebabnya ramai yang akan Taat dengan segala Perintah dan Larangan ALLAH SWT setelah Mengenal-NYA ?
Ada 3 sebab mengapa seseorang yang beriman itu akan mentaati segala PERINTAH dan LARANGAN ALLAH SWT., iaitu :
a) Sebab Rasa Takut mendapatkan Dosa (Masuk Neraka).
b) Sebab ingin mendapatkan Pahala (Masuk Syurga).
c) Sebab "RASA CINTA" kepada ALLAH SWT.
Sebab yang pertama dan yang kedua itu adalah kebiasaan bagi orang-orang awam, kerana mereka tersangat-sangatlah mempercayai akan adanya Neraka dan Syurga.
ALLAH SWT sangat-sangatlah Murka terhadap sesiapa sahaja yang Mendurhakai segala Perintah dan Larangan-NYA, dan akan dibalas pula dengan Neraka-NYA.
Sementara bagi Insan-Insan yang Taat dan melakukan segala Amal-Amal Soleh pula akan dibalas dengan Syurga-NYA.
Maka akan ramailah daripada kalangan Insan-Insan yang Beriman akan berlumba-lumba untuk membuat segala Amal Soleh dan menjauhi pula Amalan Mungkar.
Sebab ketiga itu pula adalah untuk Insan-Insan yang telahpun Mencapai Peringkat ketiga didalam MENGENAL ALLAH SWT. Iaitu apabila, "Perasaan CINTA" terhadap ALLAH SWT dapat mengatasi segala Keinginan keduniaannya mahupun keinginan Akhiratnya.
Insan-Insan yang telahpun Berjaya "Sampai" ke Peringkat ketiga didalam Mengenal ALLAH SWT, maka ia tidak akan pernah lagi mengharapkan segala sesuatu balasan daripada segala Amal yang telahpun dilakukannya.
Segala Ketaatan dan Amal Ibadahnya kepada ALLAH SWT hanyalah "TULUS" semata-mata kerana "RASA CINTA" terhadap ALLAH SWT.
Maka Insan-Insan yang sebegini akan senantiasa sahaja ingin "Mendekatkan dirinya kepada ALLAH SWT". Sebagaimana orang-orang yang sedang bercinta, yang ingin selalu mendekatkan dirinya kepada kekasih hatinya.
Insan-Insan ini akan senantiasa "Merasa Rindu" terhadap ALLAH SWT dan senantiasa sahaja "Merasa Bahagia" apabila sedang beribadah kepada ALLAH SWT.
Maka ini adalah Insan-Insan yang telahpun Berjaya Mencapai dan Merasai "Kemanisan Iman".
TANDA-TANDA KEMANISAN IMAN
Diantara tanda-tanda seseorang Insan itu telahpun dapat Mencapai dan Merasai KEMANISAN IMAN adalah seperti berikut :
a) Sentiasa menunggu masuknya waktu Solat Fardhu.
b) Sentiasa memperbanyakkan Solat Sunat.
c) Khusyuk didalam Solatnya.
d) Merasa tersangat-sangatlah terkilan dan sedih sekiranya tertinggal Solat Fardhunya.
e) Merasa Rindu kepada Al-Qur'an apabila sudah lama tidak membacanya.
f) Senang Hati dan Gembira untuk melakukan segala Ibadah Fardhu dan yang Sunat.
g) Sentiasa Berbuat Baik dan Berlaku Adil terhadap sesama Insan semata-mata Kerana ALLAH SWT.
h) Sentiasa Berdzikir dan banyak menyebutkan Kalimah ALLAH...ALLAH...ALLAH...
i) Mengamalkan sikap kami dengar dan kami patuh.
j) Mencintai Rasulullah SAW.
k) Sentiasa Menegakkan Kebenaran dan Melayani Keadilan.
Dan sebagainya
"Tidak akan dapat MENCINTAI ALLAH SWT jikalau tidak pernah bersungguh-sungguh untuk MENGENAL-NYA"
Apabila telah adanya "RASA CINTA" terhadap Allah SWT, maka segala PERINTAH dan LARANGAN-NYA akan dapat DITAATI tanpa pernah Mengharapkan sedikitpun Balasan Dari-NYA.
Melainkan hanyalah untuk mendapatkan REDHA, RAHMAT dan KASIH SAYANG ALLAH SWT semata-mata.
Apabila ALLAH SWT telah Berkasih Sayang terhadap seseorang Insan itu, maka Hati Insan itu akan sentiasa Merasa Tenang dan Merasa Senang dengan segala Cubaan dan Dugaan didalam sepanjang kehidupannya.
PERINGKAT KE EMPAT
*KENAL SAMPAI TIDAK LUPA*
Insan-Insan yang telahpun Mengenal ALLAH SWT dengan sebenar-benarnya Kenal pada Peringkat ini, maka ia akan senantiasa sahaja "MELIHAT ALLAH SWT" pada setiap yang dipandangnya.
Melihat ALLAH SWT itu bukanlah berertinya dapat melihat Dzat ALLAH SWT, tetapi adalah Melihat "Hal Keadaan ALLAH SWT" pada setiap Kejadian di Alam Semesta Raya ini.
ALLAH SWT akan sentiasa berada bersama-samanya dan tidak akan pernah sesekalipun terluput daripada Ingatannya walaupun sesaat.
Apabila ia melihat sahaja ke langit, maka dilihatnyalah ALLAH SWT pada kejadian bulan, matahari dan bintang.
Dan dilihatnyalah Allah SWT pada kejadian hujan, awan dan segala-gala kejadian diantara langit dan bumi.
Apabila ia melihat sahaja ke bumi, maka dilihatnyalah ALLAH SWT pada setiap kejadian gunung-ganang, sungai, lautan, oepohonan, manusia, Haiwan yang melata dan yang terbang serta segala-gala macam kehidupan yang nyata mahupun yang terselindung.
Dan kesemua kejadian dibumi ini akan mengingatkannya kepada "Kewujudab ALLAH SWT" semata-mata dan tidaklah pula kepada kewujudan yang lain-lainnya.
Dan apabila ia melihat pula akan dirinya Smsendiri, maka dilihatnyalah ALLAH SWT pada setiap ruas anggota tubuhnya yang zahir mahupun yang batin.
"Dengan Mengenali Diri Sendiri Itu, Maka Diri Akan Kenal Kepada Yang Menciptakan Diri Itu"
Insan-Insan yang telahpun benar-benar Mengenal ALLAH SWT, diperingkat ini (tidak pernah lupa akan ALLAH SWT).
Maka dia tidak akan pernah lagi teringat (lupa) kepada dirinya sendiri, kerana apa-apapun yang dilihatnya dan yang diingatinya itu hanyalah semata-mata ALLAH SWT sahaja.
Adakalanya Insan-Insan yang telah berada diperingkat ini akan kelihatan sepertinya orang yang Kurang Siuman.
Kerana baginya hanyalah KEWUJUDAN ALLAH SWT semata-mata yang HAQIQI, dan bukanlah kewujudan yang lain-lainnya lagi.
Maka, inilah yang dinamakan berada pada Hakikatnya MARTABAT INSAN yang Paling Tertinggi sekali didalam MENGENAL ALLAH SWT.
Dan tidaklah sesekali mudah bagi semua orang untuk dapat mencapai ataupun pernah "Sampai" ke MAQAM ini.
#sekadarperkongsian
Nuurul Imaan
Comments
Post a Comment