Kau Kunci CintaMU

🌹Sekadar Perkongsian🌹

❤️السلام عليكم و رحمة الله و بركاته❤️

💚صلى الله على محمد صلى الله عليه وسلم💚

🩵Kau Kunci CintaMU🩵

Yaa Rabb.....
Sungguh Engkau tidak terlihat dengan mata
Namun... KebesaranMu, keindahanMu, kecantikanMu dan kekuasaanMu
Bisa kurasai dengan indera pinjamanMu ini
Bisa kunikmati segala kasih sayangMu ini
Bahagianya aku keranaMu, selamanya bersamaMu
Tenang dan damai sentiasa bersamaMu

Yaa Rabb.....
KeranaMu hidupku penuh bersemangat
KeranaMu aku sentiasa kuat dan kuat
Kerana cintaMu aku tabah menikmati kesakitan ini
Kerana cintaMu bertahta di hatiku ini
Bercinta denganMu membuatku merasa bahagia

Yaa Rabb.....
Sesungguhnya Engkaulah pujaan hatiku
Indahnya kebesaranMu menghiasi hari-hariku
Kasih sayangMu dan cintaMu itu
Sungguh meluluhkan hatiku ini
Detik demi detik aku kan terasa sepi
Bila Engkau tidak mengiringi di setiap nafasku

Yaa Rabb.....
Tetaplah Engkau menjadi penenang hatiku
Kerana Engkau sungguh bererti dalam hidupku
Engkau sungguh bererti di setiap hembusan nafasku
Aku bersimpuh memohon kepadaMu
Janganlah Engkau pergi meninggalkan aku
Aku ingin Kau tetap di kamar hatiku
Kerna hatiku telah Kau kunci dengan cintaMu

💛LOVE NO LIMIT💛

و الله اعلم بالصواب

Nukilan alfaqir ila-llah
Nuurul Imaan
5 Safar 1446 H
10 Ogos 2024 M

Comments

Popular posts from this blog

Kemerdekaan Sejati

NASIHAT DIRI

🩵SAKIT HADIR TANPA BERBISIK🩵