KEAJAIBAN SELAWAT KE ATAS NABI ﷺ MENURUT SYEIKH ABDUL QADIR AL-JAILANI AL-HASANI

Perkongsian

🌹السلام عليكم و رحمة الله و بركاته🌹

💚صلى الله على محمد صلى الله عليه و سلم💚


🌷KEAJAIBAN SELAWAT KE ATAS NABI ﷺ MENURUT SYEIKH ABDUL QADIR AL-JAILANI AL-HASANI🌷

Sulthaanul Auliyaa’ Syeikh Abdul Qadir Al-Jailani Al-Hasani qaddasallahu sirruhu menyatakan tentang kelebihan berselawat ke atas Nabi ﷺ di dalam kitabnya Al-Safinah Al-Qadiriyah. Beliau meriwayatkan daripada Ibnu Farhun berkata: "Berselawat kepada nabi Muhammad ﷺ itu mempunyai empat puluh dua kelebihan." Perkara ini tertulis dalam kitabnya Hadaiq Al-Anwar.

1. Melaksanakan perintah Allah Ta’ala.

2. Bersamaan dengan selawat Allah Ta’ala kepada Rasulullah ﷺ.

3. Mendapat ganjaran 10x selawat daripada Allah Ta’ala atas setiap kali selawat yang diucapkan (selawat daripada Allah Ta’ala bererti rahmat).

4. Bersamaan dengan selawat para malaikat.

5. Dikurniakan oleh Allah Ta’ala 10x dari darjat atas setiap satu-satu selawat.

6. Dituliskan oleh malaikat 10x kebaikan atas setiap selawat.

7. Dihapuskan oleh Allah Ta’ala 10x kejahatan atas setiap selawat.

8. Segala doa akan diperkenankan oleh Allah Ta’ala.

9. Mendapat syafaat daripada Rasulullah ﷺ.

10. Mendapat keampunan Allah Ta’ala dan akan ditutup segala keaiban.

11. Allah Ta’ala akan menutupi segala dukacita.

12. Dikurniakan maqam hampir kepada Rasulullah ﷺ.

13. Mendapat darjat As-Sidq (jujur lagi benar).

14. Ditunaikan segala hajat.

15. Selamat sejahtera pada hari kiamat.

16. Allah Ta’ala dan para malaikat akan berselawat ke atas individu yang berselawat.

17. Mendapat khabar gembira daripada Allah Ta’ala dengan balasan syurga.

18. Selamat sejahtera pada huru-hara hari kiamat.

19. Rasulullah ﷺ akan menjawab secara langsung ke atas setiap selawat yang dibacakan.

20. Mudah mengingat semula perkara-perkara yang lupa.

21. Mendapat kedudukan yang baik pada hari kiamat serta tidak akan kecewa pada hari itu.

22. Tidak akan merasai fakir.

23. Terpelihara dari dihinggapi sifat bakhil.

24. Mendapat kesejahteraaan daripada doa Rasulullah ﷺ.

25. Selawat akan menjemput setiap pengucapnya ke jalan syurga.

26. Menjauhkan seseorg itu daripada terlibat dalam majlis-majlis yang tidak disebut padanya nama Allah dan RasulNya atau daripada majlis-majlis lagha (lalai).

27. Berselawat menyempurnakan kalam pujian Allah Ta’ala apabila disebut “Alhamdulillahirabbil’alamin” di dalam doa, maka akan disambut selepas itu dengan selawat ke atas Nabi Muhammad ﷺ.

28. Selamat melintasi titian sirat al-mustaqim pada hari kiamat.

29. Terpelihara daripada sifat kasar dan gelojoh.

30. Disambut oleh Allah Ta’ala pada hari kiamat dengan kata-kata pujian yang lunak.

31. Mendapat keberkatan Allah Ta’ala.

32. Mendapat kesempurnaan iman.

33. Kasih dan cinta kepada Rasulullah ﷺ.

34. Mendapat hidayah daripada Allah Ta’ala dan dikurniakan hati yang sentiasa hidup mengingati Allah Ta’ala.

35. Setiap selawat yang dibaca akan dibentangkan di hadapan Rasulullah ﷺ secara langsung.

36. Teguh pendirian dengan kebenaran.

37. Berselawat bererti kita menunaikan sebahagian daripada hak-hak Rasulullah ﷺ ke atas diri kita. Di samping itu ia dianggap mensyukuri nikmat Allah Ta’ala yang mengurniakan dan mengutuskan Rasulullah ﷺ kepada kita.

38. Berselawat juga bererti zikrullah, bersyukur serta mengiktiraf segala nikmat yang dikurnikan oleh Allah Ta’ala.

39. Mendapat balasan rahmat yang luas daripada Allah Ta’ala.

40. Berselawat bereti melengkapkan pengertian berdoa dan memohon kepada Allah Ta’ala ke atas Rasulullah ﷺ dan kepada diri sendiri.

41. Antara kelebihan yang paling hebat kepada setiap individu ialah akan terjelma gambaran Rasulullah ﷺ dalam jiwanya.

42. Selawat itu menempati sebagai Syeikh Mursyid baginya bagi yang tidak mendapatkan Syeikh Mursyid.

Marilah jadikan lisan kita sentiasa berselawat kepada Rasulullah ﷺ.

🌹صلى الله على محمد صلى الله عليه و سلم🌹

السفينة القادرية
للشيخ عبد القادر الجيلتني (المتوفى سنة ٥٦١ ه‍)

Dinaqal oleh alfaqir ilallaah
Nuurul Imaan

Comments

Popular posts from this blog

Kemerdekaan Sejati

NASIHAT DIRI

🩵SAKIT HADIR TANPA BERBISIK🩵