🩵KEJAYAAN HAKIKI🩵

🌹Sekadar Perkongsian🌹

          ❤️السلام عليكم و رحمة الله و بركاته❤️

💚صلى الله على محمد صلى الله عليه وسلم💚

🩵KEJAYAAN HAKIKI🩵

Duhai diri.....
Ingatlah! Berpesanlah kepada dirimu selalu
Bahawa nafsu itu ibu seluruh berhala
Jangan terpedaya dan bertuhankan nafsumu
Kelak engkau kan rebah tersungkur di kakinya
Namun, kau harus tahu bagaimana memecahkan berhala itu
Kau pun tahu bahawa tidak mudah mengalahkan nafsu
Oleh itu, kau harus tahu tingkatan nafsumu
Yang sering bercinta dengan maksiat setiap waktu

Duhai diri.....
Dengan mujahafatun-nafs, kau mampu memecahkan berhala nafsumu
Dengan mujahadatun-nafs, kau mampu menempuh segala kegelapan
Dengan mujahadatun-nafs, kau bisa mengenali diri sejatimu
Dengan mujahadatun-nafs, kau bisa sampai ke alam yang terang
Dengan mujahadatun-nafs, kau bisa mengenali TuhanMu kekasihmu
Pabila engkau mengenali TuhanMu kekasih sejatimu yang abadi
Maka, sedarlah engkau wahai diri
Sesungguhnya engkau telah memiliki kejayaan yang hakiki

💛LOVE NO LIMIT💛

                                   و الله اعلم بالصواب

Nukilan alfaqir ila-llah
Nuurul Imaan
8 Safar 1446 H
13 Ogos 2024 M

Comments

Popular posts from this blog

Kemerdekaan Sejati

NASIHAT DIRI

🩵SAKIT HADIR TANPA BERBISIK🩵