Tingkatan Hidayah
🌹Sekadar Perkongsian🌹
Tingkatan Hidayah
1. Hidayah berupa wahyu yang disampaikan Allah SWT kepada seseorang melalui dialog langsung dengan orang tersebut. Hidayah seperti ini telah diberikan kepada Nabi Musa AS dan Nabi Muhammad SAW ketika peristiwa Israk dan Mikraj.
2. Hidayah berupa wahyu yang disampaikan oleh Allah SWT ke dalam lubuk hati seorang nabi sehingga nabi tersebut tiba-tiba mengetahui sesuatu yang sebelumnya tidak diketahuinya.
3. Hidayah yang dikurniakan Allah SWT kepada seorang RasulNya melalui wahyu yang disampaikan oleh malaikat Jibril. Di dalam menyampaikan wahyu tersebut Jibril menempatkan dirinya sebagai seorang manusia.
4. Hidayah dalam bentuk tahdith, yaitu suatu pengetahuan yang diberikan Allah SWT ke dalam lubuk hati orang tertentu dari kalangan orang-orang soleh, sehingga dia dapat mengetahui sesuatu yang sebelumnya tidak diketahui.
5. Hidayah dalam bentuk ilham, iaitu mengertinya seseorang terhadap sesuatu permasalahan yang sebelumnya dia tidak mengetahuinya dan tidak pernah mempelajarinya.
6. Hidayah dalam bentuk al-Bayan al-'Amm (penjelasan yang umum), iaitu pengetahuan secara umum yang dikurniakan Allah SWT kepada sekelompok orang dalam bentuk kemampuan mereka membezakan antara yang haq dan yang batil.
7. Hidayah dalam bentuk al-Bayan al-Khashsh (penjelasan khusus), iaitu pengetahuan khusus yang dikurniakan Allah SWT kepada orang tertentu yang dapat memantapkan iman dan ketaqwaannya. Dengan adanya hidayah itu, dia terhindar dari kesesatan.
8. Hidayah dalam bentuk isma’ (memperdengarkan), yaitu pengetahuan yang diperdengarkan Allah SWT ke dalam lubuk hati seseorang yang dapat menghasilkan keteguhan iman dan kegemaran melakukan amal soleh. Isma' berbeza dengan ilham. Isma’ lebih khusus dari ilham, kerana isma’ hanya diperoleh dengan cara khusus, seperti bashirah (penglihatan mata hati) atau syu‘ur (perassaan).
9. Hidayah dalam bentuk ilham, iaitu pengetahuan yang dikurniakan Allah SWT ke dalam lubuk hati orang yang beriman secara spontan, sehingga dia dapat mengetahui sesuatu yang belum diketahuinya.
10. Hidayah dalam bentuk al-Ru’ya al-Shadiqah (mimpi yang benar). Hidayah dalam bentuk ini telah dialami oleh Nabi Ibrahim as ketika dia diperintahkan oleh Allah SWT menyembelih anaknya Nabi Ismail as.
#muhasabah diri
Nuurul Imaan
Comments
Post a Comment