🩵MENGHAMPIRI KEMATIAN🩵
🌹Sekadar Perkongsian🌹
❤️السلام عليكم و رحمة الله و بركاته❤️
💚صلى الله على محمد صلى الله عليه وسلم💚
🩵MENGHAMPIRI KEMATIAN🩵
Yaa Rabb...aku sedar dan aku tahu
Sesungguhnya kematianku pasti akan tiba
Dan Engkau telah pun menentukan waktunya
Aku sedar bahawa tanah kan menjadi tempat pembaringanku
Ulat-ulat kan menjadi teman-temanku ketika itu
Munkar dan Nakir kan menjadi tetamu kehormatku
Ketika ini, perut bumi adalah tempat tinggalku
Sementara syurga atau neraka menjadi tempat kembaliku
Yaa Rabb...ketika ini aku sering memikirkan kematian
Terasa seakan kematian sedang menghampiri diriku ini
Aku merasakan Engkau sedang memanggil-manggil diriku
Lalu rasa rindu bertamu di taman hatiku
Aku merasakan kerinduan yang bertahun-tahun lamanya
Akan berakhir sebentar saja lagi dengan kematian ini
Aku persiapkan seluruh jiwa dan ragaku untukMu
Semoga pertemuanku denganMu kan terlepas segala rasa rindu
💛LOVE NO LIMIT💛
و الله اعلم بالصواب
Oleh alfaqir ila-llah
Nuurul Imaan
27 Rabi'ul-Awwal 1446 H
1 Oktober 2024 M
Comments
Post a Comment