🩵BUMI MENANGIS🩵

🌹Sekadar Perkongsian🌹

❤️السلام عليكم و رحمة الله و بركاته❤️

💚صلى الله على محمد صلى الله عليه وسلم💚

🩵BUMI MENANGIS🩵

Manusia itu memang tempatnya lupa
Sering melakukan kesilapan dan kesalahan
Hiburan duniawi bertakhta di hati manusia
Sehingga manusia secara sedar ataupun tidak
Melakukan segala kemungkaran di atas muka bumi
Melangkah dengan penuh rasa kesombongan
Kau datang meratah semua hidanganku penuh rakus
Kau isi kekosongan perutmu dengan hasil tanaman dariku
Kau hilangkan dahagamu dengan sumber mata airku
Lalu kau hidup penuh dengan kehendak nafsumu

Manusia lupa, kalau bumi telah banyak berjasa kepadanya
Manusia lupa kalau bumi dan hasilnya itu
Daripada Kehendak Sang Pencipta Yang Maha Kuasa
Manusia hidup di muka bumi lupa bersyukur kepada Illahi
Mungkarat di mana-mana berlaku kerana kebejadan manusia itu sendiri
Bangga dengan maksiat dan merasa diri hebat
Lupa diri dengan selimut kenikmatan duniawi yang merugikan
Lupa kepada perintah Tuhan Yang Mentadbir sekelian alam
Bumi lelah melihat kemungkaran perbuatan manusia yang bejad itu
Bumi pun sering menangis melihat kebejadan manusia itu

💛LOVE NO LIMIT💛

و الله اعلم بالصواب

Oleh alfaqir ila-llah
Nuurul Imaan
29 Rabi'ul-Awwal 1446 H
3 Oktober 2024 M

Comments

Popular posts from this blog

Kemerdekaan Sejati

NASIHAT DIRI

🩵SAKIT HADIR TANPA BERBISIK🩵