🩵Empat golongan wanita yang berada di Syurga🩵
🌹Sekadar Perkongsian🌹
❤️السلام عليكم و رحمة الله و بركاته❤️
💚صلى الله على محمد صلى الله عليه وسلم💚
🩵Empat golongan wanita yang berada di Syurga🩵
1. Perempuan yang menjaga dirinya dari berbuat haram lagi berbakti kepada Allah dan suaminya.
2. Perempuan yang banyak keturunannya lagi penyabar serta menerima dengan senang hati keadaan serba kurang (dalam kehidupannya) bersama suaminya.
3. Perempuan yang bersifat pemalu dan jika suaminya datang maka ia mengekang mulutnya dari perkataan yang tidak layak kepadanya.
4. Perempuan yang ditinggal mati oleh suaminya dan mempunyai anak-anak yang masih kecil, lalu ia mengekang dirinya hanya untuk mengurus anak-anaknya dan mendidik mereka serta memperlakukannya dengan baik kepada mereka dan tidak bersedia menikah kerana khuatir putera puterinya akan tersia-sia. (Kalau ada jaminan putera-puterinya tidak akan disia-siakan barulah dia mahu menikah).
🩵Empat golongan wanita yang berada dalam Neraka🩵
1. Wanita yang jahat (kotor) mulutnya terhadap suaminya. Jika suaminya pergi, ia tidak menjaga dirinya dan jika suaminya datang ia memakinya (memarahinya),
2. Wanita yang memaksa suaminya untuk memberi apa yang dia tidak mampu.
3. Wanita yang tidak menutupi dirinya dari kaum lelaki dan keluar rumah dengan menampakkan perhiasannya dan memperlihatkan kecantikannya (untuk menarik kaum lelaki).
4. Wanita yang tidak mempunyai tujuan hidup kecuali makan, minum dan tidur dan dia tidak sanggup berbakti kepada Allah dan tidak sanggup berbakti kepada Rasul-Nya dan tidak sanggup berbakti kepada suaminya.
💛LOVE NO LIMIT💛
و الله اعلم بالصواب
Dinuqil oleh alfaqir ila-llah
Nuurul Imaan
13 Jamadil-Awwal 1446 H
15 November 2024 M
https://mutiarahikmahannur69.blogspot.com
Comments
Post a Comment