🩵ABAH DAN IBU🩵
🌹Sekadar Perkongsian🌹
❤️السلام عليكم و رحمة الله و بركاته❤️
💚صلى الله على محمد صلى الله عليه وسلم💚
🩵ABAH DAN IBU🩵
Wahai abah dan ibuku
Hidup kita tidak lagi di dunia yang sama
Sesungguhnya kita telah terpisah oleh ruang dan waktu
Aku tidak lagi bisa menatap sayunya wajahmu
Aku hanya bisa mengenang dan wajahmu berada di hatiku
Meskipun abah dan ibu di alam sana
Di mataku sentiasa ada wajah abah dan ibu
Abah dan ibu adalah pengukir jiwaku
Wahai abah dan ibuku
Abah dan ibu adalah pahlawan dalam hidupku
Abah dan ibu adalah pelita dalam hidupku
Meskipun abah dan ibu telah lama pergi
Namun, abah dan ibu kan selalu berada di hatiku
Aku tidak akan terlalu berlarutan dalam kesedihan
Aku sentiasa berdoa untuk abah dan ibu
Doaku, abah dan ibu senantiasa dalam ketenangan
Oleh dakapan mesra kasih sayang Tuhan Yang Maha Esa
💛LOVE NO LIMIT💛
و الله اعلم بالصواب
Oleh alfaqir ila-llah
Nuurul Imaan
16 Jamadil-Akhir 1446 H
17 Disember 2024 M
https://mutiarahikmahannur69.blogspot.com
Comments
Post a Comment