ANKYLOSING SPONDYLITIS

ANKYLOSING SPONDYLITIS
.
Penyakit berkaitan tulang sendi yang dipanggil Ankylosing Spondylitis adalah keadaan sendi yang menyakitkan.

Ia terjadi apabila tulang sendi bahagian belakang bercantum dalam ankylosing spondylitis hingga mengakibatkan postur badan membongkok.

Bahagian yang paling kerap terkesan adalah belakang badan, dada dan leher. Sendi lain yang boleh terkesan termasuklah peha, bahu, lutut dan buku lali.

Penyakit ini juga boleh memberi kesan kepada organ lain seperti mata, jantung dan paru-paru.

Ankylosing spondylitis sangat kerap dijumpai dengan nisbah lelaki 3 kali ganda lebih ramai menghidapnya berbanding perempuan.

Hanya 5% mendapat simptom selepas umur 45 tahun. Ankylosing Spondylitis memberi kesan kepada pesakit sehingga akhir hayat mereka.

Ia hanya boleh ditangani dengan cara mengurangkan faktor risiko.

SIMPTOM-SIMPTOM

Simptom Ankylosing Spondylitis yang paling kerap dijumpai adalah sakit belakang yang bermula secara perlahan.

Rasa keras dan sakit mungkin bermula pada waktu siang dengan aktiviti riadah. Sementara pesakit mungkin terbangun di waktu malam disebabkan rasa kurang selesa.

Kebiasaannya rasa sakit tersebut bermula daripada bahagian bawah belakang badan dan merebak keseluruhan tulang belakang.

Rasa sakit di bahagian bawah belakang badan yang disertai kekejangan otot sering kali dapat dilegakan dengan membongkok ke hadapan.

Disebabkan itu, pesakit sering kali membiasakan diri dengan postur badan yang membongkok sehingga mengakibatkan posisi bongkok menjadi kekal.

Sementara bagi sesetengah pesakit ankylosing spondylitis yang lain pula tulang belakang kelihatan lurus dan keras.

Tulang belakang menjadi kurang fleksibel, keras dan rasa sakit juga boleh memberi kesan kepada sendi besar lain seperti peha, lutut dan bahu.

Hilang selera makan, demam, kehilangan berat badan, rasa penat berlebihan dan anemia boleh berlaku susulan dengan rasa sakit tersebut.

Penyakit ini juga boleh memberi kesan kepada organ lain seperti mata, jantung dan paru-paru.

Pesakit dengan ankylosing spondylitis kadangkala mempunyai radang dalam mata, menyebabkan pedih mata, kemerah-merahan dan hilang penglihatan atau kabur.

Terdapat simptom yang tidak dinyatakan di atas. Jika ada simptom yang membimbangkan anda, sila hubungi doktor.
.
PUNCA
.
Punca ankylosing spondylitis tidak diketahui. Kebarangkaliannya adalah gen yang diwarisi daripada ibu bapa kepada anak-anak selain persekitaran juga turut memainkan peranan.
Gen yang terkait dengan risiko ankylosing spondylitis ialah HLA-B27. Namun, memiliki gen tersebut tidak bermakna anda bakal mendapat ankylosing spondylitis.
Saintis kini menemui dua lagi gen (IL23R dan ERAP1) yang membawa risiko genetik untuk ankylosing spondylitis bersama dengan HLA-B27.
.
FAKTOR RISIKO
.
Terdapat banyak faktor yang meningkatkan risiko kepada ankylosing spondylitis, seperti:

1. Jantina: Lelaki lebih berisiko tinggi berbanding perempuan
2. Usia: Penyakit ini selalunya bermula pada awal usia remaja
3. Genetik: Pesakit dengan gen HLA-B27, IL23R dan ERAP1 mempunyai risiko lebih tinggi
.
DIAGNOSIS DAN RAWATAN
.
Doktor akan mengambil sejarah pesakit, melakukan pemeriksaan fizikal dan mendapatkan x-ray bahagian bawah tulang belakang (lumbar).

X-ray menunjukkan radang dan penyatuan sendi (sendi sakroiliak) yang menghubungkan tulang lumbar dan peha.

Doktor juga mungkin akan meminta MRI dilakukan dan menyarankan anda bertemu pakar reumatik.

1. Rekod Perubatan

Doktor akan mengambil rekod perubatan anda dan bertanyakan mengenai soalan kesihatan.

2. Pemeriksaan Fizikal

Sewaktu pemeriksaan fizikal, doktor akan mencari gejala dan simptom termasuklah sakit sepanjang tulang belakang atau pelvis, sendi sakroiliak, lutut dan dada.

Doktor mungkin akan meminta untuk anda menggerakkan dan membengkokkan sendi dalam arah yang berbeza dan bernafas dengan dalam untuk melihat sebarang masalah.

3. Ujian Radiologi

X-ray dan MRI mungkin digunakan, tetapi ujian ini mempunyai kelemahannya.
X-ray mungkin menunjukkan perubahan pada tulang belakang dan sendi. Walau bagaimanapun, anda mungkin merasai keradangan bertahun-tahun sebelum menampakkan kerosakan yang kelihatan dalam X-ray.

Manakala MRI mungkin menampakkan diagnosis lebih awal disebabkan keupayaannya mengesan kerosakan pada tisu lembut dan tulang sebelum kelihatan pada X-ray.

4. Ujian makmal

Ujian makmal turut sama dilakukan untuk mengesan gen HLA-B27. Bagaimanapun, ujian ini mempunyai kelemahannya.

Gen tersebut hanya dikira sebagai petunjuk pada kebarangkalian risiko yang lebih tinggi.
.
BAGAIMANA PESAKIT ANKYLOSING SPONDYLITIS DIRAWAT?
.
Tidak ada rawatan yang diketahui dapat memulihkan ankylosing spondylitis sepenuhnya. Rawatan lebih tertumpu untuk melegakan kesakitan dengan cara:

Ubatan seperti ubat anti keradangan bukan steroid (NSAIDs) mungkin dapat mengurangkan bengkak dan sakit.

Sesetengah NSAIDs boleh dibeli di kaunter seperti Aspirin, Ibuprofen (Advil, Motrin) dan Naproxen (Aleve, Naprosyn).

Anda juga mungkin memerlukan ubat yang lebih kuat untuk mengawal sakit dan bengkak, seperti:

1. Terapi Corticosteroid (contohnya prednisone)
2. Sulfasalazine
3. Methotrexate
4. TNF-inhibitors (seperti etanercept, adalimumab, infliximab, golimumab).

Pembedahan mungkin akan dilakukan jika rasa sakit atau kerosakan sendi semakin melarat.

Bersenam boleh membantu membentuk semula postur tubuh dan pernafasan, selain mengurangkan keradangan sendi.

Baring secara telentang pada waktu malam dapat membantu mengekalkan postur normal.
.
PERUBAHAN GAYA HIDUP
.
Perubahan gaya hidup dan rawatan tambahan yang mungkin dapat membantu anda menangani ankylosing spondylitis:

1. Ambil ubat-ubatan yang disarankan doktor

2. Hubungi doktor jika anda jatuh atau menyedari sebarang perubahan dalam penjajaran leher atau bahagian belakang.

3. Hubungi doktor jika terdapat kesan sampingan ubatan

4. Jangan merokok atau minum alkohol jika anda dinasihatkan doktor untuk berhenti. Ubatan anda mungkin terkesan dengan pengambilan alkohol.
.
#HealthDrZubaidi

Comments

Popular posts from this blog

Kemerdekaan Sejati

NASIHAT DIRI

🩵SAKIT HADIR TANPA BERBISIK🩵