🩵DISELIMUTI KEREDHAANNYA🩵
🌹Sekadar Perkongsian🌹
❤️السلام عليكم و رحمة الله و بركاته❤️
💚صلى الله على محمد صلى الله عليه وسلم💚
🩵DISELIMUTI KEREDHAANNYA🩵
Adakalanya jari jemari gemetar
Seiring sakit tiada kenal erti lelah
Sendi-sendi kesakitan tiada terperinya
Namun, nukilan syiar keTuhanan
Terus terlakar jua perkongsian
Di dada medsos masakini
Untuk terus mewarnainya
Dengan sentuhan-sentuhan ruhani
Daripada alfaqir ila-llah ini
Demi kelangsungan syiar keTuhanan
Dalam melayari bahtera kehidupan
Agar tercapai impian terindah
Berada di dalam dakapan Tuhan
Penuh rahmatNya dan kasih sayangNya
Aman dan damai tidak terhingga
Diselimuti keredhaanNya yang kekal selamanya
💛LOVE NO LIMIT💛
و الله اعلم بالصواب
Oleh alfaqir ila-llah
Nuurul Imaan
21 Jamadil-Akhir 1446 H
23 Disember 2024 M
Comments
Post a Comment