🩵DUNIA MENANGIS🩵
🌹Sekadar Perkongsian🌹
❤️السلام عليكم و رحمة الله و بركاته❤️
💚صلى الله على محمد صلى الله عليه وسلم💚
🩵DUNIA MENANGIS🩵
Wahai Tuhan Yang Maha Esa
Sungguh banyak pengajaran hidup di dunia yang fana ini
Dunia telah mengajar manusia perjalanan hidup yang sebenarnya
Beruntung sungguh manusia yang hidup di dunia ini
Yang sering dikecewakan oleh fenomena fatamorgananya
Sehingga mereka sampai kepada titik putus asa dengannya
Lalu manusia pun tersedar akan kerugian keindahan dunia
Manusia mulai merubah arah perjalanan kehidupannya
Kembali menuju kepada Tuhan Yang Maha Esa
Wahai Tuhan Yang Maha Esa
Manusia yang telah tertipu akan keindahan dunia ini
Kembali meraih akhirat dan menemukan indahnya hidup ini
Namun, dunia tidak pernah mengenal erti putus asa
Kembali berlutut dihadapan manusia dengan godaan keindahannya
Dunia kecewa kerana manusia itu tidak lagi menyintainya
Manusia telah bersikap zuhud terhadap dunia
Segala keindahan seisi dunia ini tidak menggoyangkannya
Manusia telah tenang bersama keindahannya akhirat
Dunia pun menangis dan berlalu pergi
💛LOVE NO LIMIT💛
و الله اعلم بالصواب
Oleh alfaqir ila-llah
Nuurul Imaan
17 Jamadil-Akhir 1446 H
19 Disember 2024 M
Comments
Post a Comment