🩵CINTA DAN KASIH SAYANG🩵
🌹Sekadar Perkongsian🌹
❤️السلام عليكم و رحمة الله و بركاته❤️
💚صلى الله على محمد صلى الله عليه وسلم💚
🩵CINTA DAN KASIH SAYANG🩵
Yaa Rabb.....
KeranaMu aku hidup penuh dengan cinta
KeranaMu jua aku hidup penuh dengan kasih sayang
Bercinta dan berkasih sayang dalam perjuangan dan dakwah
Alangkah indahnya hidup di dunia fana ini
Bila ianya disulami dgn cinta dan kasih sayang
Bertemu kerana Allah, cinta dan kasih sayang
Berpisah pun kerana Allah, cinta dan kasih sayang
Cinta dan kasih sayang melembutkan hati dan bicara manusia
Yaa Rabb.....
Sesungguhnya cinta dan kasih sayangMu itu
Sentiasa mengalir untuk ummat manusia dan sekelian alam
Sesungguhnya Engkau tidak pernah berhenti
Melimpahkan cinta dan kasih sayangMu
Namun manusia tidak pernah bersyukur atas semuanya
Tidak tahu menghargai erti dan nilai cinta kasih sayangMu
Apatah lagi cinta dan kasih sayang sesama
Lalu terjadilah sengketa yang tidak Engkau sukai
Yaa Rabb.....
Dalam agamaMu, Engkau mengajarkan erti peradaban
Dalam IslamMu, Engkau mengajar erti cinta dan kasih sayang
Nilai-nilai murni inilah yang Engkau terapkan dalam kehidupan
Nilai-nilai murni inilah yang kekasihMu sebarkan dalam dakwahnya
Membimbing, mendidik dan mengasuh serta mengajak ummat manusia
Demi kedamaian, ketenteraman dan ketenangan dalam beragama
Lalu terbina dan terbentuk kehidupan di alam ini
Dengan tema _Rahmatan lil-'alamin_ penuh cinta dan kasih sayang
Lambang agama Islam yang sempurna hingga ke akhir hayat manusia
💛LOVE NO LIMIT💛
و الله اعلم بالصواب
Oleh alfaqir ila-llah
Nuurul-Imaan
30 RAJAB 1446 H
30 JANUARI 2025 M
https://mutiarahikmahannur69.blogspot.com
Comments
Post a Comment