🩵INSAN ISTIMEWA PILIHAN TUHAN🩵

🌹Sekadar Perkongsian🌹

             ❤️السلام عليكم و رحمة الله و بركاته❤️

   💚صلى الله على محمد صلى الله عليه وسلم💚

 🩵INSAN ISTIMEWA PILIHAN TUHAN🩵

Wahai diri.....
Jika kau bergelar hamba Tuhan
Pastinya engkau sentiasa ingin bertemu Tuhan
Kau ingin tahu siapa Tuhan engkau
Yang kau sering mengabdikan diri kepadaNya
Namun, untuk bertemu dengan Tuhanmu itu
Kau perlu melalui kematian
Menyintai Tuhan satu anugerah agung daripada Tuhanmu
Lantaran itu, akan banyak takdir dalam kehidupanmu
Mematikan jiwamu untuk keduniaan

Wahai diri.....
Menjadi insan istimewa pilihan Tuhan
Yang saling menyintai antaramu dengan Tuhanmu
Maka, engkau akan dihadiahkan anugerah terindah daripada Tuhanmu
Hebatnya ujian daripada Tuhanmu dengan pelbagai peristiwa
Yang amat-amat menyakitkanmu dalam kehidupan
Terkadang, ianya daripada mereka yang hampir denganmu
Terkadang, ianya daripada mereka yang banyak engkau bantu
Hingga engkau jatuh dan tersungkur rebah tidak berdaya
Kerna cinta, engkau tetap melaluinya dengan penuh kesabaran

💛LOVE NO LIMIT💛

و الله اعلم بالصواب

Oleh alfaqir ila-llah
Nuurul-Imaan
13 RAJAB 1446 H
13 JANUARI 2025 M

https://mutiarahikmahannur69.blogspot.com

Comments

Popular posts from this blog

Kemerdekaan Sejati

NASIHAT DIRI

🩵SAKIT HADIR TANPA BERBISIK🩵