🩵KATA-KATA TUHAN KEPADAMU🩵
🌹Sekadar Perkongsian🌹
❤️السلام عليكم و رحمة الله و بركاته❤️
💚صلى الله على محمد صلى الله عليه وسلم💚
🩵KATA-KATA TUHAN KEPADAMU🩵
Kata Tuhan.....
Ku jauhkan kamu daripada keluargamu
Ku jauhkan kamu daripada orang yang menyayangimu
Kujauhkan kamu daripada teman-temanmu
Kuajar mentalmu habis-habisan
Ku tabahkan hatimu dan Ku uji kesabaranmu
Ku hancurkan semua perancanganmu
Ku buat kau tersungkur lalu rebah
Ku buat kau sakit dan menangis
Ku sukarkan semua pergerakan ekonomimu
Kenapa semua ini Ku lakukan...?
Kerana Aku Maha Tahu kau hambaKu yang kuat
Namun, jangan pernah kau berputus asa
Semuanya pasti akan Aku wujudkan
Kesemuanya, tanpa ada yang tersisa sedikitpun
Apabila tiba saat dan waktunya nanti
Pasti Aku penuhi segala-galanya untuk kebahagiaanmu
Tidaklah Aku memberimu dengan cepat atau lambat
Yang pasti, ianya pada waktu yang sangat tepat
Aku Yang Maha Tahu apa yang terbaik untukmu
💛LOVE NO LIMIT💛
و الله اعلم بالصواب
Oleh alfaqir ila-llah
Nuurul-Imaan
7 RAJAB 1446 H
7 JANUARI 2025 M
https://mutiarahikmahannur69.blogspot.com
Comments
Post a Comment