🩵TENGGELAM DALAM CINTA TUHAN🩵
🌹Sekadar Perkongsian🌹
❤️السلام عليكم و رحمة الله و بركاته❤️
💚صلى الله على محمد صلى الله عليه وسلم💚
🩵TENGGELAM DALAM CINTA TUHAN🩵
Wahai isteriku.....
Aku ingin melihatmu tersenyum selalu
Umpama awan putih yang berarak menari
Aku ingin melihatmu tertawa
Seumpama ilalang di siang hari
Lelah menyimpan panas dan hujan
Aku ingin melihatmu bahagia
Bak samudera yang tidak menghempaskan gelombang
Hingga mencumbu bibir pantai
Duhai isteriku.....
Kebahagiaanmu adalah denyut jantungku
Yang tidak henti menyebut nama Tuhan
Sungguh aku ingin kau sentiasa bersamaku
Sama-sama memuja Tuhan selalu
Kerana cintaku kepadamu tidak bersyarat
Cinta kerana Tuhan untuk membawamu kepada Tuhan
Agar sama-sama tenggelam dalam cinta Tuhan
💛LOVE NO LIMIT💛
و الله اعلم بالصواب
Oleh alfaqir ila-llah
Nuurul-Imaan
3 RAJAB 1446 H
3 JANUARI 2025 M
https://mutiarahikmahannur69.blogspot.com
Comments
Post a Comment