🌹AN-NAFSUL AMMARAH🌹

🌹Sekadar Perkongsian🌹

❤️السلام عليكم و رحمة الله و بركاته❤️

💚صلى الله على محمد صلى الله عليه وسلم💚

🌹AN-NAFSUL AMMARAH🌹

Wahai diri yang kegelapan
Matamu gelap, tindakanmu terburu-buru tanpa berfikir
Dikemudian harinya engkau penuh penyesalan
Namun ianya tiada berguna lagi
Kenapa semua ini berlaku...?
Kerna dalam diri, amarahmu bergelora meruntun jiwa
Amarah yang memuncak tidak terkendali merosak dirimu
Lalu jiwa dan ragamu penuh nestapa
Ingatlah wahai diri! Marah itu umpama api membakar diri

Wahai diri yang kegelapan
Amarah itu anugerah TUHAN dan ujian TUHANmu
TUHANmu ingin melihat jati dirimu di dunia ini
Jagalah dirimu, peliharalah hatimu dan janganlah tertawan akan kenikmatannya
Jangan engkau bertuhankan nafsu amarah itu
Sungguh TUHAN cemburu jika engkau berpaling daripadaNYA
Demi kehidupan yang penuh ketenteraman dan kedamaian
Meninggalkan kegelapan menuju ke alam terang benderang
Jangan pernah engkau menduakan TUHANmu yang menyayangimu

💛LOVE NO LIMIT💛

و الله اعلم بالصواب

Oleh alfaqir ila-llah
NUURUL-IMAAN
18 MUHARRAM 1447 H
14 JULAI 2025 M

https://mutiarahikmahannur69.blogspot.com

Comments

Popular posts from this blog

Kemerdekaan Sejati

NASIHAT DIRI

🩵SAKIT HADIR TANPA BERBISIK🩵