🌹SAHABAT SEJATI ANUGERAH TUHAN🌹

🌹Sekadar Perkongsian🌹

❤️السلام عليكم و رحمة الله و بركاته❤️

💚صلى الله على محمد صلى الله عليه وسلم💚

🌹SAHABAT SEJATI ANUGERAH TUHAN🌹

Wahai sahabat sejati
Engkau sentiasa ada walau di mana pun jua
Meskipun terkadang engkau diam seumpama hujan
Yang sering turun membasahi bumi lalu hilang
Namun, di dalam kotak fikiran selalu ingat dan tertanam
Sahabat sejati bukan hanya kata-kata
Sahabat sejati bukan hanya mainan bibir
Sahabat sejati adalah yang tersangat berharga
Melebihi intan permata, emas dan berlian

Wahai sahabat sejati
Engkau umpama ladang tempat untuk kutabur benih-benih cinta
Akan kutuai dengan ungkapan rasa syukur serta iringan doa
Sungguh kau tetap bersama hingga ke syurgaNYA nanti
Sahabat sejati saling mempercayai tanpa peduli apa pun jua
Apakah terpisah atau pun bersama, persahabatan tetap utuh
Sahabat sejati adalah anugerah terbaik dan terindah daripada TUHAN
Saling mendoakan lambang sahabat sejati karena cintanya cinta TUHAN

💛LOVE NO LIMIT💛

و الله اعلم بالصواب

Oleh alfaqir ila-llah
NUURUL-IMAAN
11 MUHARAM 1447 H
7 JULAI 2025 M

https://mutiarahikmahannur69.blogspot.com

Comments

Popular posts from this blog

Kemerdekaan Sejati

NASIHAT DIRI

🩵SAKIT HADIR TANPA BERBISIK🩵