🌹MERDEKA AMANAH TUHAN🌹
🌹Sekadar Perkongsian🌹
❤️السلام عليكم و رحمة الله و بركاته❤️
💚صلى الله على محمد صلى الله عليه وسلم💚
🌹MERDEKA AMANAH TUHAN🌹
MERDEKA!!! MERDEKA!!! MERDEKA!!!
Bukan hanya sekadar lafaz di bibir
Bukan hanya laungan semata-mata
Bukan hanya semangat yang membara
Ia adalah amanah TUHAN yang perlu dijaga dan dipelihara
Cintakan tanah air adalah sebahagian dari iman
Lantaran itu jagalah ia, peliharalah ia dari dijajah
Dengan penuh kasih sayang sebagaimana kasih sayang TUHAN
Kita sebagai rakyat kasihilah tanah air, sayangilah tanah air
Dengan iman yang patuh kepada TUHAN
MERDEKA!!! MERDEKA!!! MERDEKA!!!
Memberi makna kebebasan untuk memilih dalam menghiasi tanah air
Tanah air adalah bumi yang subur, makmur dan mewah
Tanah air sentiasa mesra mendakap penghuni-penghuninya
Penuh kasih sayang dan mengharapkan rakyat menjaga dan memeliharanya
Karena kemerdekaan anugerah TUHAN dengan penuh kasih sayang-NYA
Pilihlah hiasan-hiasan tanah air dengan mewujudkan kasih sayang antara sesama
Atas nama tanah air dan bangsa yang bangga dan bahagia
Merdekakanlah tanah airmu dengan kasih sayang
Tanah air kan bangga karena memiliki penghuni yang sejahtera
💛LOVE NO LIMIT💛
و الله اعلم بالصواب
Oleh alfaqir ila-llah
NUURUL-IMAAN
12 SAFAR 1447 H
6 OGOS 2025 M
Comments
Post a Comment