🌹WAHAI ISTERIKU🌹

🌹Sekadar Perkongsian🌹

❤️السلام عليكم و رحمة الله و بركاته❤️

💚صلى الله على محمد صلى الله عليه وسلم💚

🌹WAHAI ISTERIKU🌹
_(Sempena Ulang Tahun Isteriku)_

Wahai isteriku.....
Di dalam galeri hidupku, kaulah lukisan terindah
Keindahan warna-warni cintamu mewarnai hamparan jiwaku
Kebaikanmu itu membentuk MahaKarya ciptaan TUHAN
Jika ada kekhilafan, itu juga MahaKarya ciptaan TUHAN
Kebaikan diangkat dengan ganjaran baik daripada TUHAN
Kekhilafan diangkat dengan keampunan TUHAN
Hadirnya dirimu adalah anugerah terindah TUHAN

Wahai isteriku.....
Di langit hidupku, kaulah bintang paling terang
Kau menyuluh disetiap langkahku dengan Senyumanmu mentari pagi menghangatkan jiwa
Ketika berjalan, kaulah teman setiaku
Ketika buntu, kau penunjuk jalan merungkai kekusutan
Ketika sakit, kau memimpinku agar tidak rebah
Pintaku, jika kau tidak melihatku di Taman Kasih Sayang TUHAN
Carilah aku, pimpinlah aku memasuki Taman Kasih Sayang TUHAN

💛LOVE NO LIMIT💛
 
و الله اعلم بالصواب

Oleh alfaqir ila-llah
NUURUL-IMAAN
1 RABI'UL AWWAL 1447 H
24 OGOS 2025 M

https://mutiarahikmahannur69.blogspot.com

Comments

Popular posts from this blog

Kemerdekaan Sejati

NASIHAT DIRI

🩵SAKIT HADIR TANPA BERBISIK🩵