🌹APA SALAH DENGAN MOOD (EMOSI)🌹
🌹Sekadar Perkongsian🌹
❤️السلام عليكم و رحمة الله و بركاته❤️
💚صلى الله على محمد صلى الله عليه وسلم💚
🌹APA SALAH DENGAN MOOD (EMOSI)🌹
Mood adalah emosi seseorang
Sering mengatakan takde mood
Sering mengatakan mood hancur
Sering mengatakan mood tak baik
Lalu suasana pun berubah dengan kata-kata:
"Jangan ganggu aku, aku sedang takde mood"
Apa salah dengan mood itu?
Sedangkan mood itu kita yang jemput
Tuk bertamu ke dalam diri
Mood itu makhluk ciptaan TUHAN
Datang bertamu ke dalam diri kerana dijemput
Manusia yang menjemputnya
Jika jemputannya indah dengan tenang, maka diri yang menjemputnya pun akan tenteram
Jika jemputannya hancur, maka diri yang menjemputnya pun akan hancur
Semua ini adalah pilihan dan diri yang memilih
Mencipta mood yang cemerlang adalah diri
Bukan orang lain atau keadaan yang menentukannya
Ingatlah! Mood itu makhluk ciptaan TUHAN
Baik buruknya mood adalah tergantung kepada pengundangnya
Berdamailah dengan mood itu sendiri mengikut acuan kita
Jika indah acuannya, maka indahlah moodnya
Jangan disalahkan oleh keadaan
Karena keadaan juga makhluk ciptaan TUHAN
Bersangka baik dengan makhluk ciptaan TUHAN
Diri akan tenang menghadapi apa jua keadaan
Mood tidak salah, tapi diri yang salah cara menjemputnya
Ingatlah! Semua ciptaan TUHAN itu indah tuk dinilai
💛LOVE NO LIMIT💛
و الله اعلم بالصواب
Oleh alfaqir ila-llah
NUURUL-IMAAN
9 RABI'UL AKHIR 1447 H
1 OKTOBER 2025 M
https://mutiarahikmahannur69.blogspot.com
Comments
Post a Comment