🌹AGUNGNYA MURID🌹
🌹Sekadar Perkongsian🌹
❤️السلام عليكم و رحمة الله و بركاته❤️
💚صلى الله على محمد صلى الله عليه وسلم💚
🌹AGUNGNYA MURID🌹
Awal pagi seusai subuh
Diri pun bergerak datang ke tempat ini
Niat diri tuk berjuang melaksanakan tugas di tempat ini
Diri pun memberi salam dan senyum serta sapa
Kepada penjaga di pintu masuk, murid-murid dan rakan sejawatku
Tersenyum melihat telatah murid-murid di awal pagi
Diri pun berfikir, begitu beranekanya ragam telatah murid
Rupanya ia anugerah terindah TUHAN untuk diri
Tersedarlah diri, bahawa murid-murid juga banyak mengajar erti kehidupan
Telatah mereka dan aneka ragam mereka tersirat ilmu-ilmu
Agungnya murid-murid anugerah TUHAN
Meletakkan kemuliaan guru ke derajat yang tinggi sebagai pewaris para Nabi
Agungnya murid-murid daripada TUHAN, memuliakan guru di sisi TUHAN
Agung murid-murid ini mengajar guru untuk berfikiran kreatif dan kritis
Mencorak warna-warni kehidupan murid untuk masa akan datang
Guru belajar tentang susuk manusia dari seluruh kerenah murid
Murid belajar tentang ESA-NYA KEBESARAN TUHAN daripada sang guru
Semua ilmu adalah tentang Kebesaran dan Kasih Sayang TUHAN
Kasih Sayang TUHAN-lah yang telah mempertemukan kita semua
Hargailah murid-murid agung yang mengajar tentang kehidupan
Tanpa murid-murid, mana mungkin adanya guru
Inilah senario kehidupan murid dan guru
Agungnya murid-murid hadiah daripada TUHAN
Hanya yang tahu, mengetahui segala yang tersirat itu nyata
Bukan si buta yang meraba-raba, namun tidak juga tahu
💛LOVE NO LIMIT💛
و الله اعلم بالصواب
Oleh alfaqir ila-llah
NUURUL-IMAAN
30 RABI'UL AKHIR 1447 H
22 OKTOBER 2025 M
https://mutiarahikmahannur69.blogspot.com
Comments
Post a Comment