🌹TAHUKAH KAU...?🌹
🌹Sekadar Perkongsian🌹
❤️السلام عليكم و رحمة الله و بركاته❤️
💚صلى الله على محمد صلى الله عليه وسلم💚
🌹TAHUKAH KAU...?🌹
Wahai diri.....
Tahukah kau apa itu kebahagiaan di dalam kehidupan ini...?
Tahukah kau apa itu kegembiraan di dalam kehidupan ini...?
Tahukah kau apa itu ketenangan di dalam kehidupan ini...?
Ingatlah!...untuk kau mengecapi kesemuanya ini
Kau harus tulus menerima semua ketentuan-ketentuan
Yang berlaku di dalam kehidupan ini
Meskipun kau harus merangkak tersakiti dalam melewati perjalanan hidup ini
Wahai diri.....
Tahukah kau kenapa semua ini berlaku dalam perjalanan hidupmu...?
Tahukah kau semuanya ini untuk kau merasai dan menikmati kasih sayang TUHAN...?
Tahukah kau, TUHAN itu sentiasa melabuhkan sayap Kasih Sayang-NYA...?
Tahukah kau, bahawa kesemua ketentuan TUHAN pasti ada kebaikannya...?
Tahukah kau akan tentang semuanya itu...?
Lantaran itu, bersangka baiklah kepada TUHAN yang Maha Kaya Dengan Kasih Sayang
💛LOVE NO LIMIT💛
و الله اعلم بالصواب
Oleh alfaqir ila-llah
NUURUL-IMAAN
25 RABI'UL AKHIR 1447 H
17 OKTOBER 2025 M
https://mutiarahikmahannur69.blogspot.com
Comments
Post a Comment