🌹CINTA SEJATI🌹

🌹Sekadar Perkongsian🌹

❤️السلام عليكم و رحمة الله و بركاته❤️

💚صلى الله على محمد صلى الله عليه وسلم💚

🌹CINTA SEJATI🌹

TUHAN.....
Cinta kepada-MU adalah umpama janji yang takkan terleraikan
Sesungguhnya kehidupan ini dan kematian nanti adalah semata-mata kerana-MU
Cinta di kehidupan ini dan cinta di kematian nanti
Hanyalah semata-mata untuk-MU
Ianya takkan pudar walaupun ditelan zaman
Ianya takkan berubah meskipun dihempas badai
Ianya takkan hilang biar pun dimamah usia
Inilah janji yang utuh tetap setia kepada-MU dijunjung hingga ke akhir hayat

TUHAN.....
Cinta kepada-MU adalah cinta sejati dari ketulusan hati
Biarlah zaman silih berganti tanpa henti
Biarlah ombak menghempas pantai terus-menerus
Biarlah diri terus dimamah usia
Namun, sejarah cinta sejati kepada-MU
Kan terpahat menjadi sejarah cinta sejati di Firdaus-MU
Sentiasa mekar hingga terkesan kepada para pencinta-MU
Lambang cinta abadi hingga dihidupkan kembali nanti

💛LOVE NO LIMIT💛
 
و الله اعلم بالصواب

Oleh alfaqir ila-llah
NUURUL-IMAAN
23 JAMADIL-AWWAL 1447 H
14 NOVEMBER 2025 M

https://mutiarahikmahannur69.blogspot.com

Comments

Popular posts from this blog

Kemerdekaan Sejati

NASIHAT DIRI

🩵SAKIT HADIR TANPA BERBISIK🩵